:: ziarah

1 comments

Selepas makan pagi, kumpulan kami dibawa melawat tempat-tempat menarik di madinah. Destinasi pertama kami ialah masjid Quba. Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah sebaik sampai di Madinah. Menurut Hadis, barangsiapa yang berwudhuk dari rumahnya dan kemudian bersolat di Masjid Quba, maka pahala baginya satu umrah. (Hadis Shahih). Aku sempat bersolat sunat didalam masjid quba yang berwarna keputihan ini.

Seterusnya kami ke ladang kurma tidak jauh dari telaga saidina uthsman. Sayangnya telaga itu telah ditutupi oleh oleh pihak berkuasa saudi bagi mengelakkan amalan syirik. Di ladang kurma, sempat juga menjamu pelbagai jenis kurma. Dari kurma ajwa sehinggala kurma muda yang sedap tu. Rasa sejuk je sbb kurma muda tu telah disejukkan terlebih dahulu.

Kemudian kami bergerak ke kilang Al quran. Hanya lelaki sahaja yang dibenarkan masuk. Disana, kami dapat melihat pembuatan alquran yang terbesar di dunia. Sebelum keluar, kami setiap seorang diberikan sebuah alquran setiap satu. Ia merupakan hadiah dari pemerintah saudi.

Selepas itu, kami bergerak ke masjid qiblatain. Qiblatain membawa maksud 2 kiblat. Dimasjid inilah, rasulullah telah menerima wahyu untuk menukar kiblat dari alaqsa kepada mekah. Kami hanya berhenti seketika sahaja kerana masa semakin suntuk. Takut melewati waktu dhuhur. 

Destinasi seterusnya, kami ke pasar kurma madinah. Semalam sudah pergi, jadi kali ini sekadar mengimarahkan lagi suasana membeli belah. Mereka disini mengelarkannya sebagai "lontaran alfulus". hehehe

Setelah kira-kira hampir sejam, kami pulang ke hotel. Aku berehat sebentar sambil menanti waktu zohor.

:: Jumaat @madinah

0 comments

Keletihan masih menyelemuti diriku. Alhamdulilah aku masih lagi sempat solat subuh bersama sujud sajadah di masjid nabawi. Allah, betapa nikmatnya dapat bersolat disini. Allah hu  akbar!.

Selepas makan pagi, kami sekumpulan dibawa berziarah ke bahagian dalaman masjid nabawi dan perkuburan al baqi. di dalam masjid, kami sampai di satu tempat yang dinamakan raudah. Kawasan raudah terleatak diantara rumah nabi(kini maqam rasulullah) dan mimbar masjid nabawi. kawasan ini merupakan salah satu tempat mustajab doa. Hendak memasukinya bukan mudah. Orang begitu ramai sekali. 

Alhamdulilah, Allah beri izin kepadaku untuk solat dan berdoa di situ. Aku rasa betapa nikmatnya disitu. Mahu saja aku terus solat, namun aku tak mahu tamak, nikmat perlu dikongsi kerana semua nikmat adalah milik Allah.

Selepas asar, kami berempat bertemu kawan adikku yang belajar di Universiti Islam Madinah. Universiti ini agak terkenal terutamanya dalam pengajian hadis. Semua pelajarnya dibiayai oleh pemerintah saudi dan terdiri dari para pelajar seluruh dunia. Kawan adikku bernama abdul rahman. Kini sudah 7 tahun berada di madinah dan sedang mengikuti pengajian sarjana dalam bidang hadis. Orangnya ceria dan tenang tuturkatanya lantas mengingatkan aku kepada seorang guruku yang pernah juga belajar disini sehingga khatam PHDnya. Siapa guru ku? hehehe....



Abdul rahman membawa kami berempat bersama keluarga besar pakteh leh ke pasar kurma.Pasar kurma madinah memang terkenal. Ia menjadi pusat kurma boleh dikatakan terbesar di saudi atau sekurang-kurangnya di madinah. Abdul rahman banyak membantu kami terutama dalam menjadi penterjemah dan urusan tawar menawar. Pasar kuram terletak tidak jauh dari hotel kami iaitu Al manazil Al muhajirin. Oleh kerna kami membawa kanak-kanak dan orang tua bersama, kami putuskan untuk menaiki van sahaja. Hampir sejam kami berada disana. Ada satu kedai yang bernama toko 75. Kesemua pekerjanya berasal dari indonesia tetapi taukehnya masih arabi.

Setengah jam sebelum maghrib, kami peluang ke hotel.

:: Berlepas

0 comments
Selepas subuh, aku dan adik bersiap-siap untuk ke rumah makcik untuk menjemput mak dan abah disana.  Tiba di rumah makcik lewat jam 9 pagi. Setelah kenyang makan nasi ayam yang disajikan oleh makcik, kami berempat di hantar oleh makcik dan pakcik ke KL sentral menaiki LRT sebelum kami berempat meneruskan perjalanan ke KLIA menaiki ERL. Itulah perjalanan pertama kami ke KLIA menaiki tren ERL. Wah hanay 30 minit sahaja sudah sampai. Rasa sekejap sahaja. Kalau nak teksi mahu sejam lebih.

Di balai berlepas, Kumpulan umrah kami sudah ramai menghadirkan diri. Kebanyakannya terdiri dari Staf MAS sendiri. Jadi prosedur untuk check banyak dimudahkan oleh mereka. Jumlah jemaah dalam kumpulan kami ialah 53 orang termasuk 2 orang kanak-kanak yang belum bersekolah.

Bertemu Madihah

Pakcik Eh yang tinggal shah alam sempat menghantar kami di KLIA. Setelah pasport diperikasa, kami terus ke terminal pelepasan antarabangsa dengan menaiki tren khas ala LRT. Kemudian kami bergerak ke gerbang pelepasan dimana kapal terbang kami menunggu. Kami menaiki pernerbangan malaysia MH 150. Dalam menanti untuk diperiksa oleh pihak kastam, aku ternampak adik madiah, pelajar mahaad muhammadiah li banad yang menjadi pelajar terbaik, 20 A dalam SPM baru ini. Dia juga akan mengerjakan umrah. Dia pergi bersama ibu bapanya dimana pemergiaannya ditaja oleh Hijjaz travel. Aku fikir dia akan menaiki penerbangan yang sama dengan aku namun sangkaaan ku meleset kerna dia menaiki pernerbangan saudi airlines yang terletak bersebelahan dengan kapal terbang aku. Kapal terbang aku? huh..dasat ini.

Kami berlepas jam 330 petang. Perjalanan akan mengambil masa 8 jam ke jeddah dari KLIA. Perjalananan agak meletihkan kerna kami terpaksa melawan pusingan bumi. Hari yang ditempuh setelah 6 jam masih cerah seperti jam 3 petang. Agak sukar untuk lena.

Setelah mengharungi perjalanan selama 8 jam akhirnya kami sampai di jeddah pada jam 7 malam waktu disana. Jika waktu di Malaysia , sudah jam 2 atau 3 pagi. Beza waktu antara saudi dan malaysia ialah 5 jam. Setelah siap diperiksa oleh pihak imiresen saudi, kami bersolat isyak dan jamak maghrib sebelum berlepas ke madinah. Perjalanan ke madinah bakal mengambil masa 6 jam.

Ya Allah Berikanlah kami kekuatan..

:: Ceritera Danish

0 comments
Danish begitu gembira menyambut kepulangan kami. Almaklum aku dan adik dah lama tak balik kampung.  Anak kedua kakak ini agak manja dengan kami. Baru berumur 4 tahun dan baru melangkah ke alam tadika. 

Oleh kerna terlalu gembira, dia tak nak pergi sekolah tadikanya. 

"Tak mau pi sekolah, sekolah tutup hari ini" ujar danish dengan lancar kepada uminya.

Aku sempat bermain-main seketika dengan danish. Tengahari, kami mula bersiap. Danish mula buat perangai. 

" Adik tak mau pi, adik nak ikut tok, awa,acik, acu pi mengaji...." Katanya dengan mulut muncung yang menambahkan kecomelannya.

Puas pujuk tetapi dia tetap enggan mengikut uminya ke sekolah. Uminya perlu bekerja pada waktu petang sebagai guru. Setelah puas dipujuk, uminya mengangkat terus masuk ke dalam kereta tetapi danish akalnya panjang terus turun dari kereta sambil menangis. Pilu hatiku melihat keadaaan ini. Kesian lak, tak sempat nak bermesra bermain dah nak balik. Akhirnya, Abah terus mengangkat danish ke dalam kereta uminya dan berlalu pergi.

Selepas zohor, kami bertolak ke KL. Singgah di hentian tapah untuk solat jamak qasar. kami k rumah pak teh leh di rawang dahulu untuk mengambil beg yang diberikan oleh agensi. Kami makan malam di sana. Selepas maghrib, kami bertolak pula ke rumah makcik di setiawangsa dimana mak dengan abah menumpang lena di sana. Aku dan adik pulang ke rumah bujang kami kerna ingin membuat persiapan akhir ke tanah suci.

::Balik Kampung!!

0 comments
Pagi ini aku masih sibuk mengerjakan kerja yang tidak siap sebelum berangkat pulang. Bos pulak makin menambah lak kerja aku. Takpalah buat yang mana mudah dan urgent dulu. Positif!.

Petang pula, aku ke damasara sebentar untuk menyampaikan sesuatu. Apa? Biarlah rahsia bak kata abg ali dalam blognya. Hahaha....hajat sebentar menjangkau sampai ke asar. Aku pulang ke pejabat terus untuk mengambil laptop dan terus pelang. Hajat untuk pulang ke kampung dengan lebih cepat tidak kesampaian kerana adik aku masih berada di KL Sentral untuk membeli tiket kapal terbang mak dan abah ke penang. Aku mengambil kesempatan untuk singgah di carrefour untuk membeli sandal. Malas nak beli kasut, aku lebih selesa dengan imej santai, mudah, kemas dan relaks.

Mak call menasihatkan agar tidak pulang malam ini kerana risau aku dan adik masih letih.Bertuahnya aku kerna masih ada ibu bapa yang prihatin. Syukur padamu Allah. Pada awalnya kami hendak pulang selepas subuh keesokkanya namun berubah fikiran setelah rasa letih mudah padam dari tubuh kami yang gagah perkasa ini. Jam 930 malam kami berdua mula bergerak meluncur bersama sang merah kesayanganku. Kami tiba tika hampir jam 1230 malam.
Alhamdulilah. Sesudah sampai tak sangka ada lagi orang yng risau tentang aku.

:: Hari Sibuk

0 comments
Hari ini merupakan hari yang sibuk. Aku perlu menyiapkan semua kerja terutama laporan dan rajah dari proses testing di mersing tempoh hari. Rizal pula cuti jadi aku terpaksa menyiapkan kerja mana yang perlu dan aku tahu dahulu. Waktu berlalu terasa singkat. Jika hari biasa, lambatnya nak tunggu jam rehat tengahari rasa macam tunggu setahun. Itu baru tengahari...belum balik lagi! huhuhu.....

::Selamat Pengantin Baru

0 comments
Arifnoor Isro dan Liza

Pagi yang indah. Namun sayangnya aku terlewat bangun...letih balik mersing dan merayap 2-3 hari lepas tak habis lagi kot.

Selepas bersiram, aku menjamu selera dengan roti telur sambil disulam dengan air teh o panas. Sarapan pagi ini ditaja oleh adikku heheheehe....

Riduan menelefon aku kira-kira jam 11.30 pagi untuk memberitahu tempat berkumpul rombogan geng submarine pernec ke kenduri arifnoor di Dewan MPS taman sri gombak. 

" Kita semua berkumpul di Masjid biru tepi duke tu ya..." kata riduan penuh semangat.

Setelah semua berkumpul, kami terus ke Dewan MPS Taman Sri Gombak. Kami menjamu selera dahulu sambil menanti kehadiran pengantin. Dj yang bertugas memaklumkan bahawa pengantin akan tiba pada jam 2 petang. Waduh...lamanya nak tunggu ni.

Setelah hampir 2 jam menanti, Pasangan pengantin pun tiba dengan warna biru sebagai warna rasmi. Memang sepadan dan secocok bangat si....hehehe tahniah arif!!

Aku kemudiannya ke Giant bersama adik untuk membeli barang keperluan. habis tawaf giant batu caves, kami pulang. Rasa mengantuk pun ada. 

Fahmi call" Insya Allah, aku akan datang sat lagi....aku dah kat LDP dah ni...".

Fahmi tiba ke rumah dengan membawa senyuman manisnya. Aku menjamunya dengan sup cendawan bersama teh o panas. Sekali lagi makanan di masak oleh Adikku. Ish....rugila sapa tolak adikku ni. Kesian...kalau tidak udah kawin dah dia....tak la tensen sangat aku ni.hehehe....

Selepas soalt asar, kami ke kedai seng heng untuk buat survey laptop fahmi. Abg Ali call memaklumkan dia sudah sampai di Courts, Setapak. Kami terus ke sana sambil sempat sesat di lebuh raya DUKE. Hehehhe.....

Selepas solat maghrib, aku, adik dan fahmi bertemu abg ali di courts. Sekali lagi buat survery laptop mereka buat. Setelah diperiksa, hanya abg ali sahaja yang layak. Aku cadangkan kepada fahmi agar beli sahaja di Seng Heng yang harganya jauh lebih murah.

Destinasi seterusnya ialah malinja, tempat nasi lemak yang sedap bangat di taman melati tetapi tutup pula. Kami pergi ke gerai nasi ayam dara...namun tutup juga. Akhirnya kami terus ke Satay samuri yang terletak tidak jauh dari taman melati. Kami melahap hampir 45 batang satay...hehehhe...ish kenapala...tak tambah 5 jadi 50 sahaja....huhuhu....

Kami tak banyak sembang kerana masing-masing khusyuk makan satay. hehehe....
setelah makan, aku, adik dan fahmi berpisah dengan abg ali yang hendak pulang ke Kg Baru. Kami pula meneruskan perjalanan ke greenwood sebelum fahmi pula meneruskan perjalananan ke Shah Alam.

Baru sahaja nk masuk rumah, seorang sahabat call. Dia minta nasihat mintak pandangan berhubung dilema cinta 3 seginya. Kesian dia....dia tidak diterima oleh mak mertua hanya kerna dia bukan orang terengganu. hmmmm....aku pun tak la hebat sangat...kalau hebat dah kawin 4. hahaha......dengan pengalaman yang ada, aku bantu sedikit demi sedikit. Sekurang-kurangnya dapat bantu menenangkan dia. 

:: Rest Day?

0 comments
Aku fikirkan hari ini boleh saja aku melepak berehat di rumah namun selepas jumaat aku perlu ke rumah pak teh di rawang untuk menghadiri kenduri doa selamat sempena pemergian kami ke Tanah suci. Erm..sekali lagi...kami pergi?. Hehehe ya kami tu termasuk aku. Insya Allah, aku bersama mak, abah dan adikku akan menunaikan umrah. Insya Allah Khamis depan, kami akan bertolak.

Selepas solat di Masjid zakaria, gombak, Aku dan adik terus ke rawang. Setibanya kami disana, orang ramai sudah mulai makan. Waduh..kami terlambat 34567 saat sahaja. So, apa lagi makan ja la.hehehhe...

Kami berada di rumah pak teh sehingga maghrib. Seronok juga bila dapat berjumpa sanak saudara di sini.  Pak su dari JB pun turun ke sini juga. Kami sampai di rumah kira-kira jam 930 malam.

Fahmi menelefon kepada ku dengan mengatakan bahawa tiket wayang Queen of langkasuka sudah habis. Lantas, terus aku mencadangkan supaya datang sahaja ke rumahku dan lepak di Sabaking berdekatan MRR2. Kira-kira setengah jam kemudian, fahmi tiba bersama abg ali. Kalau diikutkan hati, malas benar aku mahu keluar namun demi sahabat, aku ketepikan perasaan itu. Yela..selalu asyik oustation sahaja, masa dengan sahabat pun tiada. Aku fikir inilah masanya. Pekerjaanku sekarang menuntut aku untuk tidak berlengah dan menguruskan masa dengan baik.

Kami berada di sabaking sehingga jam 2 pagi. Seronok bersembang sambil bermesyuarat mengenai projek Ekonomi masa depan kami. Projek ape?biasalah rahsia hehehe....nanti kalian pasti tahu juga. Bertemu dengan fahmi dan abg ali memang seronok. Kepala sama-sama gila dengan aku.hehehe...dan merekalah juga yang datang menemani aku ketika aku ditimpa kesusahan dahulu. Aku tak kan lupa jasa mereka. Bersama dengan mereka, buat aku ingat tuhan. Itu yang paling seronok ditambah perangai dan fikiran yang kepala yang gile!. hahahha....

Lewat jam 330 pagi, kami tiba di rumah aku. Sambil baring, kami bersembang sehinggalah aku terlelap.

*Aku inigin mengucapkan ucapan tahniah kepada adik sepupu aku , Muhammad Amin Bin Yahya kerana selamat menjalani akad nikahnya pagi tadi. Maaf tak dapat hadir kerna penat masih terasa apatah lagi minggu depan pun aku perlu pulang ke kampung juga. Amin dinikahkan oleh Ayahnya sendiri iaitu Haji Yahya. hehehe....jgn garu kepala ya....hal ini kerana Hj yahya yang juga bapa saudaraku ini merupakan naib tok kadi daerah. Oleh kerana bapa pengantin perempuan mewakilkan wali kepada naib tok kadi, jadi pak saudara aku terpaksalah menikahkan anak sendiri hehehe....lucu tetapi benar!:P

*selamat menyambut hari pekerja untuk mereka yang bekerja!
Copyright © Aku Azman - Blogger Theme by BloggerThemes