:: Dugaan Datang Menduga


Di sebalik kemeriahan ramadhan dan syawal, tak terfikir akan datang dugaan bagi menguji diriku. Pagi ini seperti bulan sebelumnya, perhimpunan bulanan diadakan di Dewan ITNM. Hampir Seluruh staf hadir. Pengarah Urusan , En Mohd Khair Ngadiron tampil memberikan ucapan yang aku sifatkan tepat dan penting dalam membawa ITNM ke hadapan. Ucapannya aku sambut dengan penuh semangat oleh aku. Insya Allah, aku berazam untuk menggunakan segenap kudrat aku bagi melihat ITNM terus unggul pada masa hadapan.

Panggilan Telefon

Selepas selesai perhimpunan, aku menerima panggilan telefon dari Kak ina. Beliau meminta aku berjumpa dengan En Razin, Pengurus Kanan Korporat. Namun, perjumpaan itu terpaksa ditunda kepada jam 12 tengah hari.  Aku berdebar-debar bergerak menuju ke bilik En Razin. En Razin bersama Kak Eja menyambut aku dengan penuh senyuman.

En Razin menerangkan agenda perjumpaan dan memaklumkan satu berita. Sewaktu En Raizn melafazkan berita itu pada ku. Aku rasa bagaikan tiba-tiba dunia ini gelap, suram dan penuh kesedihan. Aku hanya mampu senyum tawar dan berdiam diri sepanjang sessi itu. En Megat juga dipanggil selaku Ketua unit aku.

Sebaik sahaja selesai, entah kenapa terbayang wajah-wajah mak dan abah di kampung. Mereka begitu mengharapkan aku. Aku tak mampu menahan lagi. Tanpa aku sedari, air mata mengalir. En Megat cuba menenangkan aku. Hidayat tiba beberapa minit kemudian. Dia juga cuba menenangkan aku. Selepas beberapa minit, aku rasa boleh menenangkan diri.

Aku cuba untuk redha. Aku boleh menerima berita ini. Namun aku sangat terkilan dengan cara yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Tiada alasan munasabah diberikan. Segala prestasi aku selama ini tidak dinilai oleh Penyelia aku dan Pengurus Kanan Jabatan aku. Tiada satu justifikasi kukuh.

Aku terkilan. Sangat terkilan.

0 comments:

Copyright © Aku Azman - Blogger Theme by BloggerThemes