:: Demam Denggi

2 comments

Sudah hampir seminggu sudah aku dilanda ujian maha dasyat ni. Kepala pun pusing sebab banyak sangat tidur. Demam yang kejap kebah kejap sakit balik menyebabkan banyak rancangan aku tergendala dan gagal.  habis badan aku diseliputi bintik-bintik merah macam mutant lak. Cuma aku tak power je; power hanya untuk tidur lebih 8 jam sehari. Sakit bukan kepalang. Bayangkan tak kala kaki dan tangan rasa sejuk, kepala dan badan rasa panas berdenyut. Orang kata sakit ni takda antidot atau penawar lagi. huhuhu rasa nak mati pun ada. Panas giler. Di saat ini, aku dok teringat kat si dia. Entahla...adakah dia ingat lagi pada aku yela orang dah ada orang baru...huhuhu

Ya Allah sembuhkan lah aku.

Hari ini aku dapat tawaran. Tawaran apa? tawaran masuk wad. huhuhu doakan aku cepat sembuh.

:: Lapor Diri Tuan!

1 comments
Hari ini merupakan hari yang agak penting bagi aku. Aku kena bersiap awal. Hari ini merupakan hari untuk aku lapor diri di tempat kerja baru. Insya Allah di tempat baru inilah aku akan memulakan hidup baru aku sambil memacu kembali kecemerlangan hidup aku.

Moga Allah mudahkan segala urusan aku di sini. Tempat kerja baru ini juga merupakan bidang baru bagi aku. Ia ada kaitan sedikit sahaja dengan bidang IT. Bidang baru aku lebih kepada bidang kejuruteraan Telekomunikasi. Insya Allah, aku akan bertebaran ke seluruh alam fana ini dengan kerja ini. nantikan titian perjalanan aku kelak. Doakan aku berjaya ya sahabat.

:: Sinar kebangkitan Bermula...

4 comments

Aku sendiri sebenarnya tidak banyak menaruh harapan untuk mendapat pekerjaan semula secepat ini. Sahabat-sahabatku berkata inilah rezeki  tanda Allah masih sayangkan kita. Mak adalah insan pertama ku khabarkan berita gembira ini. Seterusnya sahabatku fahmi dan abg ali.
Alhamdulilah. Berita ini sedikit sebanyak menceriakan hatiku yang sedia terluka. Mungkin ini saatnya untuk aku bangkit kembali. Terima Kasih Allah!!. Aku tahu kau sememangnya Maha Kaya. Permudahkanlah jalan masa depanku wahai Tuhan yang tidak pernah menghampakan hamba setianya. Terima kasih kepada sahaba-sahabat ku terutamanya Fahmi yang banyak mendengar keluhanku, tangisanku. Terima kasih diatas nasihatnya yang banyak menyuruh ku kepada sabar, ikhlas dan berdoa kepada Allah. 

Bertemu Habiburrahman, Pengarang Novel Ayat-Ayat Cinta

Bertuah Abg Ali kerna dapat bersua dan menemuramah Habiburrahman atau Kang ABik. Beliau merupakan pengarang novel terlaris Ayat-Ayat Cinta. Aku juga teringin bersua dengan beliau tetapi kerana desakan waktu, impian itu mungkin simpan sahaja. Kang Abik terpaksa berkejar ke Mesir untuk Shooting filem terbaru berdasarkan Novel Islamis beliau. Nantikan butiran temuramah Abg Ali di Harakah dalam keluaran akan datang.

:: Tiada daya

0 comments
Bukan mudah sebenarnya untuk menerima berita yang kita tidak ingini. Apatah lagi jika ia hadir bertimpa-timpa. Jiwaku bagaikan terbakar di dalam. Hampir rentung. Aku rasakan bagaikan dunia ini hendak kiamat. Perginya tanpa alasan sama seperti notis penamatan kontrakku lalu. Hanya hujah yang dangkal yang mereka dan dia berikan.

Rasa lemah sebenarnya untuk merangkak untuk bangkit semula. Hilang dalam sekelip mata. Yang tinggal hanya kenangan indah dan sebentuk cincin berlian.

Usah simpati padaku sahabat sebaliknya doakan aku diberikan kekuatan untuk bangkit semula kerana simpati kadang-kadang buat kita lemah tetapi doa mampu mengangkat kita ke tahap yang lebih baik.

:: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

0 comments

Aduhai....apalah nasib ku ini. Selepas aku diberikan notis tamat perkhidmatan, giliran berita buruk ke dua menimpa aku. Kali ini datang dari orang yang aku sayang dan cintai. Si dia menarik diri dari hubungan yang telah berusia 3 tahun. Hanya selangkah sahaja lagi, erm...bulan disember ini, aku akan ke kelantan untuk mengikat dan menyunting si dia sebagi suri hidup aku.

Namun apakan daya, dia memilih orang lain. Entahlah apa hebat sangat orang itu sedangkan sepanjang aku bersama dia, aku sanggup buat apa sahaja untuk membahagiakan dia.Kedatangan aku ke KL adalah untuk bersama dekat dengan dia. Entahla...kami tidak bergaduh , entah tiba-tiba sahaja dia berubah. Adakah sebab aku diberhentikan kerja?. Terpaksa bermula dari kosong kembali. aduh...sakitnya!!

Hati aku hancur. Separuh diriku lemah. Jika sebelum ini aku berusaha bersungguh untuk cari kerja lain demi dia....tetapi.....

Aku sedih, terkilan, jauh dalam hatiku...pedih...bagaikan hati dicincang lumat. Tiada daya aku untuk bergerak....Ya Allah!

kenapa perlu kau pergi? bukankah kita telah berjanji untuk bersama...? 

:_(

Hari-Hari Terakhir Seorang Eksekutif Penerbitan

0 comments

"Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Semoga semua warga ITNM berada dalam kesejahteraan,

 

Seperti yang kita sedia maklum, saya akan menamatkan perkhidmatan saya tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada semua warga ITNM andai ada salah dan silap sepanjang tempoh saya berkhidmat di Institut Terjemahan Negara Malaysia. Halalkan semua ya. kosong-kosong ya.

 

Saya juga Ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua warga ITNM yang sudi berkongsi rasa, pengetahuan dan pengalaman dengan saya.Saya cukup sayang ITNM dan sudah anggap warga ITNM sebagai keluarga saya sendiri. Banyak yang telah saya pelajari sepanjang berada di sini. Jauh disudut hati saya, kalau boleh saya mahu kekal lagi disini namun apakan daya rezeki tidak menyelebelahi saya.

 

Saya mendoakan agar ITNM terus ke hadapan, lebih giat berusaha, lebih giat menterjemah, lebih giat menerbitkan buku, lebih giat menghargai staf terutama yang lama, lebih dan lebih lagi dalam usaha kita untuk menjadi yang terunggul. (Mungkin nanti kita boleh definasi dengan jelas makna terunggul bagi ITNM). Hal ini kerana ITNM ini bukanlah hanya setakat sebuah syarikat GLC sahaja tetapi ia merupakan syarikat milik rakyat Malaysia dimana disebalik ITNM tersirat satu perjuangan memartabatkan industri penterjemahan Malaysia dimana ia menjadi tanggungjawab kepada setiap kita untuk menjayakan amanah yang diberikan oleh rakyat. Saya yakin anda semua mampu berjaya.

 

Akhirnya, sekali lagi saya ingin memohon maaf jika ada silap dan salah. Halalkan semua ya. ITNM ini dah macam rumah ke 2 saya hhehe….erm bagi sesiapa yang hendak menjemput kenduri kawin atau yang seangkatan dengannya atau nak perkena sup power ke, saya boleh dihubungi di talian : 019-660654X 

 

Sekian, terima kasih. Selamat tinggal ITNM. J"

:: Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

0 comments
Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

 

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.


.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my


 

:: Dugaan Datang Menduga

0 comments

Di sebalik kemeriahan ramadhan dan syawal, tak terfikir akan datang dugaan bagi menguji diriku. Pagi ini seperti bulan sebelumnya, perhimpunan bulanan diadakan di Dewan ITNM. Hampir Seluruh staf hadir. Pengarah Urusan , En Mohd Khair Ngadiron tampil memberikan ucapan yang aku sifatkan tepat dan penting dalam membawa ITNM ke hadapan. Ucapannya aku sambut dengan penuh semangat oleh aku. Insya Allah, aku berazam untuk menggunakan segenap kudrat aku bagi melihat ITNM terus unggul pada masa hadapan.

Panggilan Telefon

Selepas selesai perhimpunan, aku menerima panggilan telefon dari Kak ina. Beliau meminta aku berjumpa dengan En Razin, Pengurus Kanan Korporat. Namun, perjumpaan itu terpaksa ditunda kepada jam 12 tengah hari.  Aku berdebar-debar bergerak menuju ke bilik En Razin. En Razin bersama Kak Eja menyambut aku dengan penuh senyuman.

En Razin menerangkan agenda perjumpaan dan memaklumkan satu berita. Sewaktu En Raizn melafazkan berita itu pada ku. Aku rasa bagaikan tiba-tiba dunia ini gelap, suram dan penuh kesedihan. Aku hanya mampu senyum tawar dan berdiam diri sepanjang sessi itu. En Megat juga dipanggil selaku Ketua unit aku.

Sebaik sahaja selesai, entah kenapa terbayang wajah-wajah mak dan abah di kampung. Mereka begitu mengharapkan aku. Aku tak mampu menahan lagi. Tanpa aku sedari, air mata mengalir. En Megat cuba menenangkan aku. Hidayat tiba beberapa minit kemudian. Dia juga cuba menenangkan aku. Selepas beberapa minit, aku rasa boleh menenangkan diri.

Aku cuba untuk redha. Aku boleh menerima berita ini. Namun aku sangat terkilan dengan cara yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Tiada alasan munasabah diberikan. Segala prestasi aku selama ini tidak dinilai oleh Penyelia aku dan Pengurus Kanan Jabatan aku. Tiada satu justifikasi kukuh.

Aku terkilan. Sangat terkilan.

:: Selamat Hari Raya

0 comments


Dikesempatan ini, saya mengucapkan ucapan SELAMAT HARI AIDILFITRI kepada semua pembaca tak lupa pada sahabat-sahabat yang terus menyokong blog ini sejak dari awal lagi.

Saya ingin memohon kemaafan jika ada perkara atau perbuatan yang telah saya lakukan samada sengaja atau tidak sengaja, Semoga Ukhwah kita terus bersinar kekal erat sampai selama-lamanya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

:: Pejabat ku Syurga ku hahaha

0 comments

Pagi ini entah kenapa rasa nak susun buku yang berselerak dekat almari dekat bilik bos. Semalam Encelah dah gantung-gantung hasil kreatif untuk sambutan Selamat Hari raya. Bila mula sahaja susun buku, Abg Zaidan datang membantu. Entah bagaimana, aku boleh mengemas satu pejabat ini. Usaha kami diikuti oleh Abg Shuaimi, Maria dengan Enhcelah. Bilik mesyuarat yang sebelum ini jadi bilik stor merangkap bilik mesyuarat telah dikemaskan oleh kami sehingga menjadi bilik mesyurat kelas 5 lah...hehehe.

Kami mula kira-kira jam 9 dan habis mengemas jam 11. Penat samapi berpeluh gak tetapi nasib baik dalam aircon. kalau tak, semua dah Syahid dah puasa ni. hehehe....

Berbuka@ Menara Yayasan Tun Razak

0 comments




bersempena dengan ulang tahun itnm ke 15, pihak itnm akan mengadakan majlis berbuku puasa bersama staf, rakan-rakan kerjasama dan media di menara yayasan tun razak, jalan conlay tak jauh dari pavilion pada hari ini.

aku masih berada di kampung. aku mengambil kesempatan berbuka bersama mak, abah, kak ti, dan anak-anak saudaraku, nabilah dan danish. hari ini aku terpaksa bertolak lebih awal untuk pulang ke kl. hal ini kerana aku terlibat dengan majlis berbuka itnm. aku telah diamanahkan menjadi ajk persembahan dan keperluan teknikal. 

berat hati juga untuk meninggalkan kampung. apatah lagi mak sudah pun memesan 50 biji popia untuk berbuka petang nanti. namun apakan daya, demi tugas, aku melangkah jua pulang ke kl.

aku tiba di kl pada jam 3 pm. sebaik sampai di rumah, sang merah meragam pula. berasap-asap keluar dari tubuhnya. aku segera memeriksanya. badan dia sangat panas. 
aku perlu berada di menara yayasan tun razak 
selewat-lewatnya jam 4. apakan daya, sang merah pula sakit.

aku terpaksa meminjam motorsikal roshid. aku memecut laju menuju ke 
menara yayasan tun razak. 
Dalam perjalanan pula.hujan mulai turun. hampir basah lencun baju melayu aku.
akhirnya aku tiba jua

jam 6, dato` seri utama dr rais yatim tiba untuk merasmikan majlis 
perlancaran buku terbaru itnm iaitu tafsiran budaya, falsafah agung dan gagasan agung. kemudian disusuli dengan majlis berbuka puasa. majlis tersebut telah diserikan dengan persembahn oleh abon dan ali mamak.

Perginya Umar Kami

1 comments
kira-kira jam 6.30 pagi, mak menelefon aku. kedengaran suara menangi teresak-esak. lantas kau bertanya 

" awat menangis ini? pasai pa?" ujar aku dengan penuh rasa bimbang.

" pak ngah taq dah tak dak!" jawab mak dengan suara yang lemah.

bagaikan kilat menyambar dada ku terasa sesak. aku terkesima. terkejut. aku terus menelefon adik untuk memberitahu berita sedih ini. dia bergegas pulang ke rumah. kami bertolak kira-kira jam 7 pagi. dengan menggunakan kegagahan sang merah , kami memecut laju menuju ke utara.

sebaik sahaja sampai di hentian tapah, hanya beberapa meter sahaja lagi, kami ditahan polis. alamak! kena saman kerana memandu melebihi had iaitu 128 kmj. memandangkan ini kali pertama kena saman, aku tak berani nak menggunakan budi bicara. biarkan sahaja lagipun aku kank cepat sampai takut nanti tak sempat lak untuk menziarahi jenazah pak ngah.

kami tiba di jawi, pulau pinang sekitar jam 12 tengah hari. alhamdulilah masih ada ruang untuk menatap wajah pak ngah buat kali terakhir. ramai saudara-mara dari pelusuk negara datang terutama dari johor, kedah, pulau pinang dan kuala lumpur.

selepas solat jumaat, pak ngah dimandikan. proses pengurusan jenazah pak ngah telah diketuai oleh abang atan iaitu anak lelaki sulung pak ngah sambil dibantu oleh saudara-mara yang lain.

sebaik sahaja selesai solat asar, jenazah pak ngah selamat disolatkan dan dikebumikan di tanah perkuburan masjid jawi, pulau pinang.

pak ngah di mataku

bagi aku, pak ngah punyai karektor yang unik dan tersendiri. dia merupakan seorang yang tegas, terus-terang, bukan pendendam, suka merapatkan ukhwah diantara saudara-mara dan kadang-kala sensitif. namun dia lebih terkenal dari mata orang ramai dengan imej tegas. yelah...dia merupakan bekas sarjan tentera darat dan acap kali memimpin perbarisan kawat.
lagak pak ngah nyata seperti umar al-khatab. bagi kami sekeluarga, dia la umar kami. 

kini, 
umar kami tiada lagi, 
teksi adm 305 meratapi, 
hilangnya tuan, pembela dan lelaki yang disegani
perginya tiada penganti,
yang kekal kenangan indah di hati.

al-fatihah buat allahyarham abdul latif hj abdullah, 1953-2008


:: Ahlan Ya Ramadhan

0 comments
 
Bulan ramadhan tiba lagi. Alhamdulilah aku masih dipanjangkan usia lagi untuk menikmati rahmat Allah ketika mana beberapa saudara mara dan teman teman ku yang terlebih dahulu telah panggil menghadap ilahi.

Hati terasa girang sangat. Entah kenapa ramadhan kali ini terasa seronok sangat. Mungkin kerana pada tahun ini, ramadhan dapat disambut di kampung. Yeah!!...seronoknya dapat bersahur dan berbuka di kampung. Paling seronok dapat menikmati masakan mak. Di KL walau sesedap mana pun masakan, namun tiada yang dapat menandingi masakan mak.

Nabilah pun sudah mula untuk berpuasa. Walaupun separuh hari tetapi percubaan itu sudah cukup baik. Tergelak aku bila mendengar kata nabilah;

" Acik, nabilah nak puasa tau tapi tengah hari buka pastu tutup balik...boleh kan acik?"

Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Teringat zaman puasa kanak-kanak dahulu, dugaan berpuasa memang berat. Adakala terminum lah juga hehehe terutama masa mandi. 


Tok wa

Dalam kegembiraan menyambut bulan puasa ini, aku disentap dengan berita pemergiaan tok wa. Sebelum bulan puasa, dia sememangnya sudah uzur. Mungkin sudah takdir, dia akan pergi pada bulan ramadhan ini. Al fatihah.

Selamat Menyambut bulan ramadhan

:. Salam Aluan

2 comments

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah Swt. Akhirnya blog ini berjaya dibuka. Asal penubuhan blog ini bukanlah untuk mencari nama. Ia bermula dengan matlamat menyampaikan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia sebenar dunia penterjemahan dan penerbitan terutamanya dari Unit Penerbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Kepada semua pembaca, saya mohon anda teruskan membaca dan saya mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan. Blog ini masih lagi dalam pembinaan, namun Insya Allah dengan mengambil keberkatan bulan ramadhan yang tiba sehari selepas kemerdekaan, mudah-mudahan usaha yang kecil ini mendapat dan memberikan manafaat kepada orang yang membacanya.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Selamat Menyambut Ramadhan Al mubarak.
Copyright © Aku Azman - Blogger Theme by BloggerThemes