:: DETIK

0 comments

Sudah hampir 6 bulan aku tak mengemaskini blog ini. Ia merupakan DETIK yang manis bila kembali disini. Bukan niat nak mengabaikan tetapi DETIK yang berlalu telah dipenuhi oleh DETIK untuk bekerja dan kesibukan menyambung pelajaran di peringkat sarjana. Hampir setiap bulan, aku bekerja di luar kawasan KL termasuk di kawasan Malaysia timur. DETIK menyambung pelajaran ke peringkat sarjana merupakan DETIK yang bermakna bagi aku. 3 tahun aku menanti saat ini.

Pada hari, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk ke tahun baru. DETIK ini membuat aku terkesima seketika kerna makin hari makin bertambah umur aku. Aku bermuhasabah kembali dan bertanya pada diri, apakah segala azam aku tahun ini telah tertunai?. Entah aku sendiri tidak pasti. Yang pasti dalam 5 hari lagi, satu DETIK bersejarah bagi aku akan berlaku. DETIK apa? hehehe Ermm yang pasti menjelang tahun baru, aku masih lagi bujang. Tak mengapalah nanti anda akan tahu jua. Aku biarkan ia rahsia. baru seronok. Biar berdebar-debar sikit dada tu. Namun yang pasti lagi, blog ini mungkin bertukar wajah terutama dari segi kandungan sesuai dengan statusku sebagai seorang jurutera dan pelajar sarjana.

Sahabat-sahabat semua, doakan kejayaanku. DETIK yang mendatang amat penting bagiku.

:: KHAULAH

3 comments
Lama sebenarnya aku tak update. Rasa bersalah sentiasa menjalar dalam diri. kadang-kadang terfikir, buat pa update, bukan ada orang baca pun. Siapalah sangat aku ini. Rasa putus asa mula memenuhi atmosfera diriku.

Namun rasa rindu menidakkan aku untuk berpantang arang. Aku rindu.

hari ini, aku tidak ke Astro. Kumpulan yang kena pergi site iaitu Abg Hanim dan Abg zul baru bertolak pada pagi tadi. Sedikit sebanyak merosakkan rancangan aku untuk pulang bercuti dengan lebih lama pada hujung minggu ini.

Masa yang terluang ini, aku ambil kesempatan untuk mengemaskini laman web komersil aku. Laman web ini hasil titik peluh aku, abg ali dan fahmi. Mudah-mudahan ia mendapat sambutan. Setakat ini, ia masih di peringkat percubaan.

mak menelefon aku saat aku sedang update blog ini. Dari hujung suara, aku dapat rasa kesunyian bersarang di hati mak. Mak perlukan seseorang untuk bercerita. Walaupun dikeliling cucu-cucunya di rumah, rasa rundu pada aku dan adik aku di KL terasa jua. Insya Allah Mak, kami akan pulang hujung minggu ini untuk bersama mak.

sabtu lalu, aku ke bengkel kereta di taman melati. Sang merah sakit. Bergoyang-goyang bila brgerak. Jika tidak diubati, pasti nanti lagi merana. Setelah diperiksa, macam-macam perlu diganti. wah...kalu ikut belanja, abis duit gaji aku bulan ini. Namun, sang merah ini amanah aku dari mak. Insya Allah, akan tantang dengan minyak yang penuh selalu.

Kelmarin, selepas fahmi pulang, aku terasa sunyi. adikku ke bukit bintang membeli kasut baru. abg ali pula tidur bagi menjana tenagan untuk mengarang di malam hari. Aku melayang filem Slumdog Milionaire. Cerita yang hebat!. Kasihan jamal. Mangsa keadaan. Air mata lebat membasahi pipiku. Kedaifan hidup dalam masyarakat yang begitu miskin. Bayangkan rumah mereka dalam kawasan penuh dengan sampah sarap. Hilang mak dan ayah di usia muda. Aku rasa syukur sangat. Rasa bertuah. Aku tak wajar bersunggut. Ya Allah, ampunkan dosaku.

tadi aku sempat berchat dengan abg anuar. Rupanya baru sahaja menerima cahaya mata pertama perempuan yang diberi nama " Khaulah Binti Mohd Shahrul Anuar". Tahniah Abg nuar & niza.

Aku bila lagi?hmmmm

:: selamat hari lahir diriku

1 comments
selamat hari lahir diriku.
Sori tak sempat nak update.
Sekarang kena buat kerja di Astro bahagian radio diorang.
Malam kadang-kadang baru pulang.
Hope malam ini dapat pulang awal.
Anyway, tak dak sapa nak wish dulu, aku wish dulu untuk diriku dulu.:)
Teringin nak hadiah jam macam bluehikari jeles....huhuhu(8 47 am)

:: ziarah

1 comments

Selepas makan pagi, kumpulan kami dibawa melawat tempat-tempat menarik di madinah. Destinasi pertama kami ialah masjid Quba. Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah sebaik sampai di Madinah. Menurut Hadis, barangsiapa yang berwudhuk dari rumahnya dan kemudian bersolat di Masjid Quba, maka pahala baginya satu umrah. (Hadis Shahih). Aku sempat bersolat sunat didalam masjid quba yang berwarna keputihan ini.

Seterusnya kami ke ladang kurma tidak jauh dari telaga saidina uthsman. Sayangnya telaga itu telah ditutupi oleh oleh pihak berkuasa saudi bagi mengelakkan amalan syirik. Di ladang kurma, sempat juga menjamu pelbagai jenis kurma. Dari kurma ajwa sehinggala kurma muda yang sedap tu. Rasa sejuk je sbb kurma muda tu telah disejukkan terlebih dahulu.

Kemudian kami bergerak ke kilang Al quran. Hanya lelaki sahaja yang dibenarkan masuk. Disana, kami dapat melihat pembuatan alquran yang terbesar di dunia. Sebelum keluar, kami setiap seorang diberikan sebuah alquran setiap satu. Ia merupakan hadiah dari pemerintah saudi.

Selepas itu, kami bergerak ke masjid qiblatain. Qiblatain membawa maksud 2 kiblat. Dimasjid inilah, rasulullah telah menerima wahyu untuk menukar kiblat dari alaqsa kepada mekah. Kami hanya berhenti seketika sahaja kerana masa semakin suntuk. Takut melewati waktu dhuhur. 

Destinasi seterusnya, kami ke pasar kurma madinah. Semalam sudah pergi, jadi kali ini sekadar mengimarahkan lagi suasana membeli belah. Mereka disini mengelarkannya sebagai "lontaran alfulus". hehehe

Setelah kira-kira hampir sejam, kami pulang ke hotel. Aku berehat sebentar sambil menanti waktu zohor.

:: Jumaat @madinah

0 comments

Keletihan masih menyelemuti diriku. Alhamdulilah aku masih lagi sempat solat subuh bersama sujud sajadah di masjid nabawi. Allah, betapa nikmatnya dapat bersolat disini. Allah hu  akbar!.

Selepas makan pagi, kami sekumpulan dibawa berziarah ke bahagian dalaman masjid nabawi dan perkuburan al baqi. di dalam masjid, kami sampai di satu tempat yang dinamakan raudah. Kawasan raudah terleatak diantara rumah nabi(kini maqam rasulullah) dan mimbar masjid nabawi. kawasan ini merupakan salah satu tempat mustajab doa. Hendak memasukinya bukan mudah. Orang begitu ramai sekali. 

Alhamdulilah, Allah beri izin kepadaku untuk solat dan berdoa di situ. Aku rasa betapa nikmatnya disitu. Mahu saja aku terus solat, namun aku tak mahu tamak, nikmat perlu dikongsi kerana semua nikmat adalah milik Allah.

Selepas asar, kami berempat bertemu kawan adikku yang belajar di Universiti Islam Madinah. Universiti ini agak terkenal terutamanya dalam pengajian hadis. Semua pelajarnya dibiayai oleh pemerintah saudi dan terdiri dari para pelajar seluruh dunia. Kawan adikku bernama abdul rahman. Kini sudah 7 tahun berada di madinah dan sedang mengikuti pengajian sarjana dalam bidang hadis. Orangnya ceria dan tenang tuturkatanya lantas mengingatkan aku kepada seorang guruku yang pernah juga belajar disini sehingga khatam PHDnya. Siapa guru ku? hehehe....



Abdul rahman membawa kami berempat bersama keluarga besar pakteh leh ke pasar kurma.Pasar kurma madinah memang terkenal. Ia menjadi pusat kurma boleh dikatakan terbesar di saudi atau sekurang-kurangnya di madinah. Abdul rahman banyak membantu kami terutama dalam menjadi penterjemah dan urusan tawar menawar. Pasar kuram terletak tidak jauh dari hotel kami iaitu Al manazil Al muhajirin. Oleh kerna kami membawa kanak-kanak dan orang tua bersama, kami putuskan untuk menaiki van sahaja. Hampir sejam kami berada disana. Ada satu kedai yang bernama toko 75. Kesemua pekerjanya berasal dari indonesia tetapi taukehnya masih arabi.

Setengah jam sebelum maghrib, kami peluang ke hotel.

:: Berlepas

0 comments
Selepas subuh, aku dan adik bersiap-siap untuk ke rumah makcik untuk menjemput mak dan abah disana.  Tiba di rumah makcik lewat jam 9 pagi. Setelah kenyang makan nasi ayam yang disajikan oleh makcik, kami berempat di hantar oleh makcik dan pakcik ke KL sentral menaiki LRT sebelum kami berempat meneruskan perjalanan ke KLIA menaiki ERL. Itulah perjalanan pertama kami ke KLIA menaiki tren ERL. Wah hanay 30 minit sahaja sudah sampai. Rasa sekejap sahaja. Kalau nak teksi mahu sejam lebih.

Di balai berlepas, Kumpulan umrah kami sudah ramai menghadirkan diri. Kebanyakannya terdiri dari Staf MAS sendiri. Jadi prosedur untuk check banyak dimudahkan oleh mereka. Jumlah jemaah dalam kumpulan kami ialah 53 orang termasuk 2 orang kanak-kanak yang belum bersekolah.

Bertemu Madihah

Pakcik Eh yang tinggal shah alam sempat menghantar kami di KLIA. Setelah pasport diperikasa, kami terus ke terminal pelepasan antarabangsa dengan menaiki tren khas ala LRT. Kemudian kami bergerak ke gerbang pelepasan dimana kapal terbang kami menunggu. Kami menaiki pernerbangan malaysia MH 150. Dalam menanti untuk diperiksa oleh pihak kastam, aku ternampak adik madiah, pelajar mahaad muhammadiah li banad yang menjadi pelajar terbaik, 20 A dalam SPM baru ini. Dia juga akan mengerjakan umrah. Dia pergi bersama ibu bapanya dimana pemergiaannya ditaja oleh Hijjaz travel. Aku fikir dia akan menaiki penerbangan yang sama dengan aku namun sangkaaan ku meleset kerna dia menaiki pernerbangan saudi airlines yang terletak bersebelahan dengan kapal terbang aku. Kapal terbang aku? huh..dasat ini.

Kami berlepas jam 330 petang. Perjalanan akan mengambil masa 8 jam ke jeddah dari KLIA. Perjalananan agak meletihkan kerna kami terpaksa melawan pusingan bumi. Hari yang ditempuh setelah 6 jam masih cerah seperti jam 3 petang. Agak sukar untuk lena.

Setelah mengharungi perjalanan selama 8 jam akhirnya kami sampai di jeddah pada jam 7 malam waktu disana. Jika waktu di Malaysia , sudah jam 2 atau 3 pagi. Beza waktu antara saudi dan malaysia ialah 5 jam. Setelah siap diperiksa oleh pihak imiresen saudi, kami bersolat isyak dan jamak maghrib sebelum berlepas ke madinah. Perjalanan ke madinah bakal mengambil masa 6 jam.

Ya Allah Berikanlah kami kekuatan..

:: Ceritera Danish

0 comments
Danish begitu gembira menyambut kepulangan kami. Almaklum aku dan adik dah lama tak balik kampung.  Anak kedua kakak ini agak manja dengan kami. Baru berumur 4 tahun dan baru melangkah ke alam tadika. 

Oleh kerna terlalu gembira, dia tak nak pergi sekolah tadikanya. 

"Tak mau pi sekolah, sekolah tutup hari ini" ujar danish dengan lancar kepada uminya.

Aku sempat bermain-main seketika dengan danish. Tengahari, kami mula bersiap. Danish mula buat perangai. 

" Adik tak mau pi, adik nak ikut tok, awa,acik, acu pi mengaji...." Katanya dengan mulut muncung yang menambahkan kecomelannya.

Puas pujuk tetapi dia tetap enggan mengikut uminya ke sekolah. Uminya perlu bekerja pada waktu petang sebagai guru. Setelah puas dipujuk, uminya mengangkat terus masuk ke dalam kereta tetapi danish akalnya panjang terus turun dari kereta sambil menangis. Pilu hatiku melihat keadaaan ini. Kesian lak, tak sempat nak bermesra bermain dah nak balik. Akhirnya, Abah terus mengangkat danish ke dalam kereta uminya dan berlalu pergi.

Selepas zohor, kami bertolak ke KL. Singgah di hentian tapah untuk solat jamak qasar. kami k rumah pak teh leh di rawang dahulu untuk mengambil beg yang diberikan oleh agensi. Kami makan malam di sana. Selepas maghrib, kami bertolak pula ke rumah makcik di setiawangsa dimana mak dengan abah menumpang lena di sana. Aku dan adik pulang ke rumah bujang kami kerna ingin membuat persiapan akhir ke tanah suci.

::Balik Kampung!!

0 comments
Pagi ini aku masih sibuk mengerjakan kerja yang tidak siap sebelum berangkat pulang. Bos pulak makin menambah lak kerja aku. Takpalah buat yang mana mudah dan urgent dulu. Positif!.

Petang pula, aku ke damasara sebentar untuk menyampaikan sesuatu. Apa? Biarlah rahsia bak kata abg ali dalam blognya. Hahaha....hajat sebentar menjangkau sampai ke asar. Aku pulang ke pejabat terus untuk mengambil laptop dan terus pelang. Hajat untuk pulang ke kampung dengan lebih cepat tidak kesampaian kerana adik aku masih berada di KL Sentral untuk membeli tiket kapal terbang mak dan abah ke penang. Aku mengambil kesempatan untuk singgah di carrefour untuk membeli sandal. Malas nak beli kasut, aku lebih selesa dengan imej santai, mudah, kemas dan relaks.

Mak call menasihatkan agar tidak pulang malam ini kerana risau aku dan adik masih letih.Bertuahnya aku kerna masih ada ibu bapa yang prihatin. Syukur padamu Allah. Pada awalnya kami hendak pulang selepas subuh keesokkanya namun berubah fikiran setelah rasa letih mudah padam dari tubuh kami yang gagah perkasa ini. Jam 930 malam kami berdua mula bergerak meluncur bersama sang merah kesayanganku. Kami tiba tika hampir jam 1230 malam.
Alhamdulilah. Sesudah sampai tak sangka ada lagi orang yng risau tentang aku.

:: Hari Sibuk

0 comments
Hari ini merupakan hari yang sibuk. Aku perlu menyiapkan semua kerja terutama laporan dan rajah dari proses testing di mersing tempoh hari. Rizal pula cuti jadi aku terpaksa menyiapkan kerja mana yang perlu dan aku tahu dahulu. Waktu berlalu terasa singkat. Jika hari biasa, lambatnya nak tunggu jam rehat tengahari rasa macam tunggu setahun. Itu baru tengahari...belum balik lagi! huhuhu.....

::Selamat Pengantin Baru

0 comments
Arifnoor Isro dan Liza

Pagi yang indah. Namun sayangnya aku terlewat bangun...letih balik mersing dan merayap 2-3 hari lepas tak habis lagi kot.

Selepas bersiram, aku menjamu selera dengan roti telur sambil disulam dengan air teh o panas. Sarapan pagi ini ditaja oleh adikku heheheehe....

Riduan menelefon aku kira-kira jam 11.30 pagi untuk memberitahu tempat berkumpul rombogan geng submarine pernec ke kenduri arifnoor di Dewan MPS taman sri gombak. 

" Kita semua berkumpul di Masjid biru tepi duke tu ya..." kata riduan penuh semangat.

Setelah semua berkumpul, kami terus ke Dewan MPS Taman Sri Gombak. Kami menjamu selera dahulu sambil menanti kehadiran pengantin. Dj yang bertugas memaklumkan bahawa pengantin akan tiba pada jam 2 petang. Waduh...lamanya nak tunggu ni.

Setelah hampir 2 jam menanti, Pasangan pengantin pun tiba dengan warna biru sebagai warna rasmi. Memang sepadan dan secocok bangat si....hehehe tahniah arif!!

Aku kemudiannya ke Giant bersama adik untuk membeli barang keperluan. habis tawaf giant batu caves, kami pulang. Rasa mengantuk pun ada. 

Fahmi call" Insya Allah, aku akan datang sat lagi....aku dah kat LDP dah ni...".

Fahmi tiba ke rumah dengan membawa senyuman manisnya. Aku menjamunya dengan sup cendawan bersama teh o panas. Sekali lagi makanan di masak oleh Adikku. Ish....rugila sapa tolak adikku ni. Kesian...kalau tidak udah kawin dah dia....tak la tensen sangat aku ni.hehehe....

Selepas soalt asar, kami ke kedai seng heng untuk buat survey laptop fahmi. Abg Ali call memaklumkan dia sudah sampai di Courts, Setapak. Kami terus ke sana sambil sempat sesat di lebuh raya DUKE. Hehehhe.....

Selepas solat maghrib, aku, adik dan fahmi bertemu abg ali di courts. Sekali lagi buat survery laptop mereka buat. Setelah diperiksa, hanya abg ali sahaja yang layak. Aku cadangkan kepada fahmi agar beli sahaja di Seng Heng yang harganya jauh lebih murah.

Destinasi seterusnya ialah malinja, tempat nasi lemak yang sedap bangat di taman melati tetapi tutup pula. Kami pergi ke gerai nasi ayam dara...namun tutup juga. Akhirnya kami terus ke Satay samuri yang terletak tidak jauh dari taman melati. Kami melahap hampir 45 batang satay...hehehhe...ish kenapala...tak tambah 5 jadi 50 sahaja....huhuhu....

Kami tak banyak sembang kerana masing-masing khusyuk makan satay. hehehe....
setelah makan, aku, adik dan fahmi berpisah dengan abg ali yang hendak pulang ke Kg Baru. Kami pula meneruskan perjalanan ke greenwood sebelum fahmi pula meneruskan perjalananan ke Shah Alam.

Baru sahaja nk masuk rumah, seorang sahabat call. Dia minta nasihat mintak pandangan berhubung dilema cinta 3 seginya. Kesian dia....dia tidak diterima oleh mak mertua hanya kerna dia bukan orang terengganu. hmmmm....aku pun tak la hebat sangat...kalau hebat dah kawin 4. hahaha......dengan pengalaman yang ada, aku bantu sedikit demi sedikit. Sekurang-kurangnya dapat bantu menenangkan dia. 

:: Rest Day?

0 comments
Aku fikirkan hari ini boleh saja aku melepak berehat di rumah namun selepas jumaat aku perlu ke rumah pak teh di rawang untuk menghadiri kenduri doa selamat sempena pemergian kami ke Tanah suci. Erm..sekali lagi...kami pergi?. Hehehe ya kami tu termasuk aku. Insya Allah, aku bersama mak, abah dan adikku akan menunaikan umrah. Insya Allah Khamis depan, kami akan bertolak.

Selepas solat di Masjid zakaria, gombak, Aku dan adik terus ke rawang. Setibanya kami disana, orang ramai sudah mulai makan. Waduh..kami terlambat 34567 saat sahaja. So, apa lagi makan ja la.hehehhe...

Kami berada di rumah pak teh sehingga maghrib. Seronok juga bila dapat berjumpa sanak saudara di sini.  Pak su dari JB pun turun ke sini juga. Kami sampai di rumah kira-kira jam 930 malam.

Fahmi menelefon kepada ku dengan mengatakan bahawa tiket wayang Queen of langkasuka sudah habis. Lantas, terus aku mencadangkan supaya datang sahaja ke rumahku dan lepak di Sabaking berdekatan MRR2. Kira-kira setengah jam kemudian, fahmi tiba bersama abg ali. Kalau diikutkan hati, malas benar aku mahu keluar namun demi sahabat, aku ketepikan perasaan itu. Yela..selalu asyik oustation sahaja, masa dengan sahabat pun tiada. Aku fikir inilah masanya. Pekerjaanku sekarang menuntut aku untuk tidak berlengah dan menguruskan masa dengan baik.

Kami berada di sabaking sehingga jam 2 pagi. Seronok bersembang sambil bermesyuarat mengenai projek Ekonomi masa depan kami. Projek ape?biasalah rahsia hehehe....nanti kalian pasti tahu juga. Bertemu dengan fahmi dan abg ali memang seronok. Kepala sama-sama gila dengan aku.hehehe...dan merekalah juga yang datang menemani aku ketika aku ditimpa kesusahan dahulu. Aku tak kan lupa jasa mereka. Bersama dengan mereka, buat aku ingat tuhan. Itu yang paling seronok ditambah perangai dan fikiran yang kepala yang gile!. hahahha....

Lewat jam 330 pagi, kami tiba di rumah aku. Sambil baring, kami bersembang sehinggalah aku terlelap.

*Aku inigin mengucapkan ucapan tahniah kepada adik sepupu aku , Muhammad Amin Bin Yahya kerana selamat menjalani akad nikahnya pagi tadi. Maaf tak dapat hadir kerna penat masih terasa apatah lagi minggu depan pun aku perlu pulang ke kampung juga. Amin dinikahkan oleh Ayahnya sendiri iaitu Haji Yahya. hehehe....jgn garu kepala ya....hal ini kerana Hj yahya yang juga bapa saudaraku ini merupakan naib tok kadi daerah. Oleh kerana bapa pengantin perempuan mewakilkan wali kepada naib tok kadi, jadi pak saudara aku terpaksalah menikahkan anak sendiri hehehe....lucu tetapi benar!:P

*selamat menyambut hari pekerja untuk mereka yang bekerja!

:: KL! aku pulang!

0 comments
Sungai Mersing (Photo By Saiful Azman HJ Bidin)

Selepas menambah hampir 2 pinggan bihun di hotel, kami terus ke stesyen bagi mengambil peralatan pengujian. Peralatan perngujian itu bernilai hampir setengah juta tau!. Mujurlah ramai orang tak tahu nilai sebenar peralatan itu.

Kami bertolak sekitar jam 11 pagi. Kali ini rizal menawarkan diri untuk memandu. Perjalananan ke KL mengambil masa hampir 6 jam. Kami hanya berhenti sebentar di Kluang, air keroh dan nilai untuk solat dan mengisi minyak. Sedih hendak meninggalkan mersing. Terasa seronok pula berada di sini berbanding Labuan dan Kota kinabalu yang pernah aku kunjungi. Di sini makanan dan suasananya begitu selesa dengan ku.

Kami sampai lewat jam 430 petang di Pernec, Ulu Klang. Kira-kira hampir jam 6, adikku datang menjumput aku di pernec.

Alhamdulilah, sampai juga aku di rumah. Fahmi mengajak untuk menonton wayang. Oleh kerana terasa keletihan, aku tangguhkan ke malam esok sahaja.

:: Hari terakhir di Stesyen Mersing

0 comments

Peralatan pengujiaan (Test Gear) yang digunakan

Selepas sarapan, kami terus ke stesyen seperti biasa. Hari ini sekadar mengemas peralatan pengujian dan menyiapkan beberapa laporan projek. Hari ini juga merupakan hari terakhir bagi Joyayama san berada di mersing. Mungkin tahun depan baru kembali ke malaysia.

Tengahari, kami makan di Restoran Seleran Impinan tidak jauh dari dari pasaraya tunas manja di mersing. turut hadir ialah En Isa, bekas staf telekom kini sudah bersara. Beliau  sekarang mengambil upah membawa jepun yang terlibat dengan projek ke destinasi yang diingini. Kali ini En Isa akan membawa Joyayama San ke Kuantan sebelum Joayayama san mengambil penerbangan ke KL dan terus pulang ke jepun.

:: Berkemas

0 comments
Setelah hampir separuh hari menanti, baru kami dapat isyarat dari NOC. Kami terus menukar kabel baru yang menghubungkan peralatan SLTM dengan CTC. Kabel lama tidak boleh digunakan kerana dari bacaan signal yang diperolehi,kami mendapati bacaan isyarat tidak konsisten. Hal ini boleh menjejaskan kualiti isyarat yang diterima atau dihantar melalui kabel dasar laut.

Kami pulang dari stesyn sekitar jam 6 lebih. Kami singgah di tapak karnival mersing kerna Mekada San ingin membeli sesuatu. Sambil menanti Mekada san menyelesaikan urusannya, aku, rizal dan Joyayama san perkena keropok lekor di pingiran tapak karnival yang terletak ditepi pantai mersing.

:: Menanti

0 comments
Network Operation Centre, TM di Jalan Raja Chulan

Alhamdulilah, test sudah selesai. Sekarang kami kena tukar kabel baru yang menghubungkan peralatan SLTM dengan CTC. Namun, kami perlu menunggu isyarat kebenaran dari NOC TM di Jalan Raja Chulan, KL.

Puas menanti sehingga lewat petang, nampaknya mungkin esok baru kebenaran baru didapati.huhu tepat jam 6 petang, kami beredar pulang ke hotel.

:: L>E>P>A>K

0 comments
Sarapan agak lewat hari ini. Bangun awal cuma sarapan je lambat menanti si rizal bangun dari beradu.

Hari ini sekadar melepak je menanti jam 2 petang. Jam 2, kami terus ke stesyen. Hari ini test akan abis pada jam 515 petang. Apabila habis test, kami boleh pulang ke KL dah.

argh...bosan lak ni.

:: Air Papan

0 comments

Pantai Air Papan

Selepas berserapan pagi di hotel, aku, rizal, joyayama dan kamal bergerak ke arah utara mersing. Kami berlepas dengan MPV kami yang sungguh perkasa itu. hehehe...perkasalah sangat.

Destinasi pertama kami ialah Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 11 km ke utara Mersing atau 20 minit jarak perjalanan. Bagi yang suka bercandar di tepi pantai , inilah pantai yang sesuai. Chalet pun banyak di sini. Setelah bersuka ria mengambil beberapa keping gambar, kami bertolak ke air terjun yang terletak tidak jauh dari pantai air papan. 

Air terjun Air Papan

Air terjun yang comel. Teringat lak suasana kampung. HUhuhu...dah lama tak balik. Air jernihnya bangat cuma taklah besar berbanding air terjun tempat lain yang pernah aku pergi. Joyayama teruja bila melihat pohon durian. Keterujaaan makin menyerlah pabila rizal menjumpai durian yang kecil yang gugur di sekitar pohon itu. Aku melihat dengan senyuman. Memang Joayayama gembira sangat...al maklum, di Jepun tarak ini pohon maa....nak pulak...dia ni suka makan durian. Bertambahlah lagi kegirangannya.

Joyayama San dengan duriannya

Selepas itu, kami ke Tg Resang. Ketibaan kami disambut oleh 2 pasangan yang sedang berbulan madu agaknya. Selepas 5 minit ketibaan kami, mereka terus cabut!. Mungkin kedatangan kami mengugat ketenangan dan kemesraan mereka hahahaa....

Pantai Tg Resang

Kami kemudian ke Pantai Pasir Lanun...bukan pasir berdengung ye. Pantai ini menjadi pusat kepada para peminat pancing untuk memacing di kelong dan pulau. Ada pakej istimewa untuk mereka. Nak tahu? datangla sendiri hehehe.


 Angin bertiup kencang sewaktu kami berada di atas jeti. Sepoi-sepoi bahasa. Erm....nyamannya. Rasa nak tidur sebentar. Namun kami perlu peluang kerana perlu berada di stesyen pada jam 2 petang. Sebelum pulang kami perkena ABC dulu.

Malam

Selepas pulang dari kerja, aku dan rizal perkena mee bandung di tepi pantai mersing. Air agak surut hampir satu kilometer jauhnya. Pantai mersing agak lantai jadi ada kanak-kanak bermain-main disitu.


Selepas maghrib, kami pergi ke Karnival Mersing yang sedang berlangsung dari 23 hb april sehingga 3 Mei. Sempat pusing-pusing kedai-kedai yang ada. Malam ini ada persembahan Kumpulan Kristal. Aku sekadar menemani rizal dan kamal. Jam 11.30 malam kami pulang ke hotel.

:: Menjadi Komando

0 comments
Tidur aku terganngu. Semua akibat tido awal...tak solat isyak. Jadi terpaksa bangkit solat sekitar jam 4 pagi. Lepas solat, jam menunjukkan 512 pagi, aduh mengantuk lagi. Terlelap.

Terjaga 628 pagi. Solat subuh.

berserapan di hotel agak lewat. hari ini sekadar standby sahaja. Selepas sarapan, aku, rizal dan Joeyama ke stesyen.

100 pm : aku, rizal dan kamal bersolat di masjid Kem Iskandar.

tiba-tiba rasa aura menjadi pahlwan menusuk dalam jiwa aku. Aku dikelilingi oleh ramai tentera dari Gerup Gerak Khas atau ringkasnya komando. hmmm....terasa ingin saya balik kl untuk mendaftar memasuki pasukan tentera simpanan. Banyak kebaikan jd tentera ni terutamanya dari segi peningkatan diri. Donald Trump pun penah masuk tentera dan dia sendiri mengakui dengan displin dan kepimpinan yang didapati dari tentera , dia menjadi kaya.

Jika aku menjadi menteri pertahanan, aku rasa ingin aku wajibkan semua orang mengikuti latihan ketenteraan. Ini sebab aku percaya latihan ketenteraan mampu membina diri seseorang cuma kaedah latihan perlu diolah semula. Sebagai contoh, lelaki dan wanita perlu diasingkan dalam latihan tersebut. Syariat perlu dijaga beb. Penekanan perlu diutamakan dalam aspek kerohanian. Ingin benar aku melihat seseorang mempunyai kehebatan seperti seorang askar namun dari segi agama, hebat juga hebat. Baru mantop orang malaysia beb!.

selepas solat, pergi makan di simpang depan kem sri mersing. Hari ni cumanya ada kaitan tentera eh.hehhehe...

Puas makan tetapi tak makan pun. Diaorang kata aku nak diet tetapi sebenarnya memang aku tak lapar. Sahaja nak ambil sunnah nabi, makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Tiba-tiba lak nak ikut sunnah nabi...time lain tak ikut.hmmmm....hipokrit ke aku?

Kami pulang ke hotel jam 6 petang sambil makan snek di dalam MPV hebat kami yang perkasa. Dulu joyayama kata aku suka makan tetapi hari ni dia pun layan makan..snek gak hahahaa.

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat azira. Teruskan berjuang!

:: Stay lagi

0 comments
Sepatutnya hujung minggu aku sudah pulang ke KL tetapi aku dapat arahan untuk terus berada di labuan untuk fasa Pengujian atau In-Station test. Nampaknya terpaksa stay lagi di bumi labuan ini.

In-Station Test merupakan ujian untuk menguji peralatan Submarine Cable samada dapat berfungsi dengan baik atau tidak.

:: Malas yer

0 comments
Malasnya nak pi kerja. Almaklum dok hotel yang agak selesa bangat. Kalau hotel macam ni di KL pasti mahal maybe menjangkau RM 8oo semalam. Mahal kan sebab berstatus apartment. Mujur di labuan ni agak murah sket hanya kira-kira RM 300 semalam sahaja.

Fasa installation hampir tamat. Hampir semua peralatan telah dipasang. Hanya tinggal kerja-kerja tarik kabel sahaja yang belum siap.

:: Separuh masa

0 comments
Hari ini kami kerja separuh hari. Menyelesaikan beberapa kabel yang belum di pasang. Kabel-kebel seperti kabel power sudah mula dipasang sejak 2 hari lalu. Aku lebih kepada membantu sahaja. Tolong tarik jek, yela budak baru nk belajar tetapi yang best sebab boleh panjat-panjat pergh!! dulu tengok je orang buat sekarang buat sendiri.

:: Bina Badan

1 comments
hampir keseluruhan peralatan dipunggah ke dalam bilik peralatan. Peluh membasahi segenap badan aku. Hish...kalau selalu macam ni, dah boleh jadi body builder dah kalah malik noor.hehehe

Joe masih demam. Dia tinggal di hotel sahaja. Hanya Kami berempat sahaja ke stesyen. Hari ini kami ke stesyen menaiki kenderaan sendiri iaitu Nissan Xtrail.

hari pertama

0 comments
Berdebar-debar hati ni. Al maklum hari pertama buat installation. Joe mengadu demam. Habis bintik-bintik merah di badannya. Aku dah mula suspect denggi sbab demamnya berulang-ulang. Selepas bersarapan di hotel, kami menunggu Chen datang menjemput kami. Kenderaan yang disewa belum tiba lagi dari KK jadi terpaksalah kami menumpang Chen yang buat projek Microwave Celcom.
Setibanya kami di stesyen dalam jam 10 pagi. Tersesat lak. Aku, rizal, Abg azman dengan kojek tanpa berlengah terus memunggah kotak peralatan yang baru tiba dari Jepun semalam. Satu persatu kotak kami tolak beramai-ramai masuk ke dalam bilik Kabel dasar laut, Stesyen Labuan.

Ya Allah, penat giler. Memunggah dan membawa peralatan masuk yang berat setipa satu hampir 800 kg. Kalau jatuh timpa leh patah kaki.Waktu zohor, aku terlelap kepenatan di surau.

:: Penerbangan Pertama

2 comments
 Dalam Flight ke labuan

Berat hati nak terbang ke labuan hari ini. Entahlah tak tahu kenapa. Hati masih dipaut oleh kenangan bersama orang shah alam. 

Aku bergerak ke KLIA kira-kira jam 3 petang. Sebelum itu, aku ke pejabat dahulu untuk mengambil beberapa peralatan projek untuk dibawa bersama. Joe sudah berkali-kali menelefon aku. Dia risau takut terlepas penerbangan. Kami menaiki teksi ke KLIA. Kebetulan pemandunya orang senegeri dengan  aku, orang kuala. Dia tanpa segan rancak berbicara.

"saya orang kuala kangsar" ujarnya memulakan bicara.

Perjalanan hampir sejam ke KLIA. Setibanya di sana, ketua Kumpulan, Abg Azman dan kojek telah sedia menanti. Kelibat rizal masih belum kelihatan. Mungkin trennya lambat bertolak.

setelah 15 minit berlalu, rizal tiba. " Maaf, tren boleh lambat bertolak lak" ujar rizal, ahli kumpulan paling muda dari segi umur namun ilmu ...tinggi dari aku..dh setahun kerja la katakan.

Aku berlepas dari KLIA kira-kira jam 615 petang. Hati seronok sangat almaklum dah lama tak naik kapal terbang. Rasa gembira aku bercampur sayu meninggalkan semenanjung terutamanya orang shah alam tu. Apa agaknya dia tengah buat sekarang ye?

Di dalam kapal terbang, kami disajikan nasi beriani oleh pramugari cantik menawan..pergh. Sedap sesuailah dengan harga tiket penerbangan ni...hehehe. Bagi mengisi masa terluang didalam penerbangan, aku dan rizal mengambil kesempatan untuk menulis poskad. Saja suka-suka. Aku menulis satu untuk mak dan abah di kampung. Satu lagi untuk si dia. Saja sekadar berkongsi seronok.

Perjalanan 2 jam setengah tidak terasa cuma ketika kapal terbang hendak turun, rasa bingit ditelinga, aduh memang menyakitkan..!!.


Beta Apartments Service Hotel

kami tiba di labuan kira-kira jam 10 malam. Kami di sambut oleh salah seorang staf PERNEC yang kebetulan bertugas di labuan bagi projek Mircowave Celcom. Lantas kami terus mendaftar ke hotel.  Kami sepakat memilih Beta Apartments. Lebih selesa sesuai dengan harganya.

Aduh letihnya. Esok akan bermula episod pertama perjuangan aku dalam Malaysian Domestic Submarine Cable System Project. Ya Allah , permudahkanlah...




:: Percutian Orang bujang Greenwood : Hari Kedua

0 comments

Di Muzium Maritim Melaka

Tak sah kalau tak bergambar depan A Famosa

huhu tak gayat pun...bergambar di dalam Menara Taming Sari

Merenung masa depan dalam Melaka Cruise

Aku, royed,softwan, kaie, Adik aku(firdaus), Nusi (baju hitam belakang)
Bergambar di hadapan Istana Melaka


Kuiz : Cuba cari persamaan pada gambar di atas ?Hantar jawapan anda pada ruangan komen dibawah.
hehehe..nusi bersama hulubalang Melaka

Hampir semua tempat menarik kami pergi. Lenguh habis kaki ni tapi tak pa best..!. Kami sampai KL jam 11 malam. huhu ...Esok aku kena terbang dah.

:: Percutian orang bujang Greenwood: Hari Pertama

0 comments

SSemalam, aku habis masa bersama abg ali dan fahmi di sabaking. Agak lewat pertemuan kami. Rancak bersembang sehingga tak sedar jam sudah menjengah ke pukul 2 pagi. Kami sepakat untuk tidur di rumah Don fahmi. 


Pagi 

Kak da call. Entah kenapa dia call. aku selepas subuh sambung tidur kembali. Rasa mengantuk menguasai segenap tubuh aku sehingga aku mamai mengabaikan panggilan kak da. 


Petang 

Selepas tiba ke gombak,aku bersiap-siap untuk ke melaka. Aku fikirkan aku tak dijemput untuk menyertai rombongan cik kiah ke melaka ini, yela...dalam rumah sewa ni hanya aku seorang budak USM, yang lain semua UIAM dan hampir kesemua budak LAW kecuali royed budak sains math kot tp grad UIAM gak. 


Kami bertolak selepas zohor. Aku, adik aku, kaie dan royed satu kereta. Manakala softwan, miraz dan nusi satu kereta. Percutian ini sekadar meraikan waktu singgang kami sempena hari wilayah yang jatuh esok. 


Aku paksa hati hati untuk bergembira. Entahla aku masih teringatkan si dia. Sepanjang perjalanan aku tidur sahaja. Biarlah berdengkur asalkan aku dapat merasakan keindahan mimpi indah tidurku. 


Kami sampai di melaka hampir senja. Aku menjadi penunjuk arah kepada rombangan dari taman berlian ni. Almaklum, aku pernah hampir setahun tinggal di melaka sewaktu bertugas di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas. Kami menginap di sebuah apartment yang agak luas tetapi kalau dah 7 orang datang sekali, terasa kecik lak.


  

 Malam


Medan ikan bakar, Umbai, Melaka


 
Perut terasa lapar bangat. Itulah padah tak makan tengah hari tadi. Kami sepakat makan ikan bakar di Umbai. Aku dah banyak kali "mentadarah" kat umbai ni. Yela jaraknya hanya 5 minit dari tempat kerja lama aku di Sekolah Henry Gurney.

Oleh kerana lapar, macam-macam dimintaknya. Otak-otak sebagai mukhadimah tu terpaksa dipesan lagi kerana lapar. hehehe.....


Sebahagian dari hidangan tengah hari campur makan malam :P

Selepas makan, kami ronda-ronda pusing Banda Hilir. Sempat pusing Jonker Walk. rupanya banyak benda kat sini lagi best dari Downtown ke uptown ( Aku baru tau ).

:: Pembelaan Palestine

1 comments

Rajah peta menunjukkan kawasan yang dimiliki oleh palestin dari dahulu sehingga kini ( warna hijau)

Aku balik kampung sambil menyambut tahun baru cina. Hmmm...dh tiga kali sambut tahun baru dalam masa sebulan seminggu. Unik tu. Ingat nak tenangkan fikiran tetapi kena demam selsema pula, mujur tak teruk cuma sakit ni memberi kesan kepada telinga di sebelah kanan aku. Rasa mcm bionic man lak....hmmm berdesing bunyinya. entahla..jika tak ok, esok kena melawat En doktor lagi lah...ish macam berjanji lak.

Palestine, bila lagi?

Jika tempat lain kena serang atau ada konflik cepat je amerika selesaiakan terutama iraq dan afganistan. Katakan ingin membela hak demokrasi terpimpin konon. Entahlah, mampukah Obama menyesesaikannya??.

Hati aku terasa sayu bila melihat berita malam kelmarin. Aku kagum dengan kata-kata seorang kanak-kanak dalam satu temuramah oleh wartawan tv3,

"cukuplah Allah sebagai pelindung kami"

Demikianlah kata seorang kanak-kanak yang aku lupa namanya. Kata-katanya jelas membuktikan semangat dan kuatnya tawakalnya kepada Allah. Mungkin juag sebab dia sudah bosan menanti pertolongan dari kaum sebangsanya yang lebih seronok berkira dan bergaduh sesama sendiri.

Ya Allah selamatkanlah umatmu di palestin, lindungilah mereka, aku mohon pada Mu ya Allah bantulah, bantulah mereka ya Allah..kasihanilah mereka ya Allah

p/s: Tajuk artikel saya di majalah milenia muslim telah di sunting menjadi : industri buku taiwan menjana 3.8 bilion setahun di muka surat 81 dalam edisi februari. Dapatkan di kedai buku berhampiran.

:: Artikel Pertama Aku di Majalah

5 comments



"Tahniah! Artikel hang keluar majalah Millenia! Teruskan Menulis.."

demikianlah Es-em-es dari bakal pensyarah School Of Industrial Technology, USM, Penang yang juga sahabat baik aku iaitu syakir. Beliau kini sedang menghabiskan tesis beliau di peringkat sarjana kejuruteraan alam sekitar di UTM.

Aku bagaikan terpaku dan terkejut ketika membaca es-em-es yang diterima aku.

"eh betulke ni?" getus hatiku sendirian.

Inilah kali pertama artikel aku disiarkan di majalah. Aku sendiri sudah hampir lupa yang aku pernah menulis artikel itu. Artikel yang berjudul "MENYELUSURI KEJAYAAN TAIWAN DALAM PENERBITAN BUKU TERJEMAHAN" sebenarnya ditulis ketika aku bergelar Eksekutif Teknologi Maklumat sewaktu di ITNM lagi iaitu kira-kira menghampiri setahun yang lalu. Aku tujukan kejayaan ini pada semua staf ITNM khususnya unit penerbitan dan penterjemahan.

Apa-apa pun aku bersyukur kepada Allah. Hanya Allah sahaja tahu bagaimana perasaan aku. mudah-mudahan Allah tambah lagi rezeki aku dan tidak jadikan aku orang yang sombong dan lupa.

Keluarga menjadi golongan pertama aku khabarkan berita ini. Kemudian baru sahabat-sahabatku yang lain. Andai si dia ada, dialah orang yang mungkin ku kongsi kejayaan ini. Namun apakan daya. Moga dia dapat bezakan kaca dan permata. Sekadar nasihat.

Walaubagaiamanapun...Ingin tahu isi artikel berkenaan?, sila rujuk majalah millenia muslim edisi terbaru. Aku pun belum membeli lagi namun sangat teruja nak melihat artikel aku di majalah millenia muslim. Almaklum macam kelahiran anak sulung la katakan. :) ok Gong xi Fa Chai!

Ya Allah , aku hambaMu yang hina penuh dosa namun kau masih berikan rahmatmu kepada ku. Betapa kerdil dan malunya diriku kepada mu. Ampunkanlah dosaku dan murahkanlah rezekimu pada ku...Bersaksilah bahawa Hanya Kau (Allah) adalah tuhan ku, tiadalah tuhan selain engkau dan Engkaulah maha pengasih..amin

:: Obama ; Yes We Can

2 comments

Washington DC, USA

semalam merupakan hari bersejarah bagi USA kerana buat pertama kalinya mendapat presiden bukan dari kulit putih. rasanya anda pun sudah sedia maklum mengenai Barrack Hussien Obama.

Apa yang menjadi kekaguman aku ialah pidatonya yang begitu memukau. Aku yakin dan percaya ia lahir dari kejujuran dari dalam hati. Kalau kita jujur, hasilnya pasti luar biasa. 

Yes, we can!! Apa yang penting dari kita perlu berani bermimpi meskipun kita tidak ada apa-apa. Biar orang tidak percaya pada kita, biar orang tak suka pada kita, biar orang tak terima kita yang penting Allah ada dan kita berusaha yang terbaik!. Wah...ada bakat ni jadi next Obama. hehehe....YA, Kita Boleh!

KL, Malaysia

Hari ini, Aku tiba di KL dari mersing kira-kira jam 7.30 malam. Tak letih cuma rasa lapar. hmmm...nk makan ape ya? speggeti? masihkah aku ada peluang untuk menikmatinya seperti dahulu...

:: Kembar Sri Mersing

0 comments

" Saiful...petang ni pergi mersing ya?, Ambil wavelength meter dari orang Telekom Malaysia eh" .Kata En Kamarul kepada aku.

Aku sekadar mengganguk kepala setuju. Nampaknya Labuan bukanlah destinasi pertama aku ke site sebaliknya Mersing. Aku ditugaskan untuk pergi bersama Senpai aku, Azman. Sudah hampir 25 tahun berkerja di sini. 

Kami memulakan perjalanan kira-kira jam 4 petang gara-gara sessi on the spot oleh amir, engineer dari bahagian NMS (network management system). Semuanya berkenaan dengan projek Installation di Labuan nanti.

Sepanjang perjalanan memang tak bosan. Alhamdulilah tak susah aku nk bergaul dengan Abg Azman. Dia pun jiwa muda seperti aku juga erm agak jiwang romantik seperti aku. hehehe...

Kami melalui lebuhraya PLUS dan keluar mengikut tol Batu Pahat. Kemudian melalui bandar Kluang, Kahang, Jamalung, Felda Nitar dan akhir sekali Mersing. Kira-kira jam 9 malam kami tiba di pekan yang sangat hampir dengan laut dan menjadi pintu masuk kepada Pulau Tioman. Bagi Aku mersing sebesar Pekan bagan serai di perak.

Ibrahim telah berada di sana hampir 2 minggu. Kami mengajaknya makan bersama sebelum menumpang menginap di bilik hotelnya. Ibrahim berada disini untuk projek American-Asia Gateway. Dia kena bermukim di mersing sehingga bulan 3 nanti. Sian dia tetapi balik KL nanti masyuk la...Elaun berbukit. hehehe...

Ini merupakan kali pertama aku ke mersing. Nama-nama tempat seperti felda nitar, jamalung tidak pernah aku bayang untuk tiba ke destinasi sebegini. Mungkin rezeki aku. Terima kasih Allah. Wah!!! Seronoknya.....cuti sambil bekerja. Next destination? Labuan...sapa nak ikut?:)

Ya Allah aku hamba MU yang hina, ampunnilah dosa ku dan berikan aku kekuatan untuk menjadi hamba mu yang soleh.amin

*Senpai= bermaksud Senior atau orang lama yang lebih berpengalaman dalam bahasa Jepun.


:: Al fatihah

0 comments
Alfatihah buat Kak sri diah sekeluarga di atas pemergiaan bond tersayang pada 18 Jan 2009.
Semoga Akak sekeluarga tabah menghadapinya. Al fatihah :-<,

:: Jumaat yang mendebarkan

0 comments
Aku sendiri tak pasti wajarkah aku pergi?. Persoalan yang bermain-main di fikiran.
Hatiku masih ragu namun kaki dan tanganku terus bergerak.

"fahmi, aku takutlah nak masuk...takut disakiti lagi." ujar aku kepada sahabat setiaku, fahmi.

"Insya Allah, doalah pada Allah insya Allah mudahkan". kata dia dengan suara penuh ketengangan dari corong telefon bimbitku.

Aku gagahi melangkah ke Kilang N## F### Fabricator. Sebuah Kilang besi.


hatiku terus bergetar. Langkah demi langkah seakan berat. Aku teruskan jua. Aku buka pintu pejabat dan terus dapat si dia di hadapan aku. Berbaju merah. Warna kengemarannya.

Aku kelu. Aku cuba ukirkan senyuman di wajahku.

"kenapa datang" ujar dia.

"saja nak datang hehehe...tak leh ke" kataku untuk memecahlan kedinginan petang yang suram.

Aku memadang dia. Dia memandang aku.

"Sebenarnya datang just nak bagi hadiah ni je" kata ku berterus terang. Dia sekadar membisu memandangku.

"ok,la..be balik dulu ye. Assalamualaikum".

Aku terus melangkah keluar. Aku harap dia membaca surat yang aku tulis untuk dia. Penat jari ini menulis meluahkan segala-galanya.

BERTemu Sri Diah



Selepas itu, aku terus ke kompleks karangkraf yang terletak tidak jauh dari kilang si dia. Ketibaan aku disambut penuh mesra oleh Kak sri. Colotehnya sedikit sebanyak mengurangkan luka aku sebentar tadi. Kami berbual seperti sudah kenal lama. Pelbagai topik keluar termasuk cerita Altantuya dan cerita sebenar Era-yusri. Dalam seronok bersembang, S-em-s si dia memasuki kotak S-em-s aku. Respon yang mendukacitakan dari si dia. Entah apalah ayang mengubah hatinya kepada orang lain..huhu.

Aku juga berkesempatan melihat sendiri pejabat operasi karangkaraf dari Sinar Harian sehingga ke bahagian majalah. Selepas solat mahgrib, aku membawa diri yang luka ini ke seksyen 6 untuk bertemu fahmi. Aku ingin menangis tetapi aku tahani jua. Kami makan burger yang paling besar di Burger King dekat dengan stadium shah alam. Kami makan dengan penuh emosi. kasihan aku.:-<.

:: Hujan Isnin

0 comments
hari ini buat pertama kalinya, aku mengikuti perjumpaan bulanan syarikat. Memang ramai yang hadir dan memang ramai wajah yang aku tidak kenali. Masakan tidak, hampir semua kakitangan anak-anak syarikat hadir. Perjumpaan kali ini agak istimewa kerna ia merupakan perjumpaan yang pertama aku dan pertama dalam tahun ini.

Hampir Kemalangan?

Selepas waktu kerja, kau sudah berjanji untuk bertemu abg ali di Restoren kg Pandan tak jauh dari Dawama. Sewaktu hendak keluar, aku sudah melihat kiri dan kanan. so Di sebelah kanan aku memang tiada kenderaan, hanya disebelah kiri sahaja. Jadi aku masuk la perlahan-lahan ke jalan. Entah bagaimana, tiba-tiaba datang motor berada di hadapan aku yang datang dari arah sebelah kanan aku. Datang hon pula. yela....sudah namapk aku keluar, perlahan la....tiba-tiab aku pula dimarahi, erm...sudah la hujan. Aku yakin aku tak salah. Entahla aku biarkan je...dia.

:: Panggilan dari Shah Alam

0 comments


Dalam sibuk mengemaskini blog, tiba-tiba dapat sms daripada kak sri diah. Tak sangka dia es-em-es aku. Terkejut aku dibuatnya. Almaklum seorang penulis hebat menghubungi aku. (Yela...kalau enche lah tak kisah, dia kenal ramai artis, mesti tak heran :P).

Lantas terus aku membalas es-em-es dia dengan hati gumbira. Tak lama kemudian, tak sangka dia menelefon aku. Dari suaranya, orangnya mesra, ceria dan bersemangat serta punyai naluri seorang ibu ( sempat memberi nasihat kepada aku).

Aku kenal Kak sri sejak mula menulis blog lagi iaitu sejak tahun 2005. Kami tak pernah berhubung melalui suara hanya melalui internet sahaja. Namun, sejak mula bekerja, aku semakin sibuk untuk menghubungi kak sri. Alhamdulilah, hari ini Allah memberi aku peluang.

Gambar : Siti dengan Kak Sri Diah (kanan)

Ya Allah, ampunkanlah dosa hambamu yang hina ini lagi daif ini..

:: Ziarah Ke Seksyen 10

2 comments

Semalam aku sempat singgah ke ITNM. Pada mulanya hanya untuk bertemu hidayat tetapi sudah jadi macam reunion pula. Terbayang-bayang saat kali pertama melangkah masuk ke ITNM. Masa tu aku kenal seorang je iaitu Cik Rohaizah tetapi orangnya belum bertemu. Dalam fikiran aku bayangkan seorang wanita bertudung labuh yang agak ramah sewaktu sessi temuduga lalu. Sebab semasa sesi itu , dia kata dia dari HR. Rupanya tersilap orang. Wanita bertudung labuh itu rupanya huda. nasib baik tak panggil nama rohaizah hehehe. Apa cerita gegurl ye sekarang? boboy nak tau gak cewah.....sibuk kira duit kat bank negara kot wakakaka....gurau-gurau.

Seronok bekerja di ITNM terutama masa PPA11. Hanya mereka yang sertai betul-betul tahu kemanisan ukhwah masa tu. Rugilah En Khair lambat masuk hehehe. Mulanya datang nak ambil bil tetapi sampai ke isyak pula jadinya. Jadi berbuka puasa pun pada waktu isyak. Mujur ada minuman lebih yang dipelawa oleh kak kiah. Erm rindu masakan kak kiah ye.

Ya Allah hindari daripada kami buruk sangka dan dendam, perkukuh ukwah kami ini.

:: Kembalinya Sang Hambali

0 comments

Setelah hampir 2 minggu aku bergelar pesakit demam denggi, akhirnya hari ini aku dapat kembali bertugas. Yela...baru 2 minggu masuk kerja, dah masuk hospital. Jadi terpaksa la sambut tahun baru dalam keadaan begitu. Sedar tak sedar sudah masuk tahun 2009. Tahun 2008 sudah pergi meninggalkan kita semua. Entahlah tahun 2008 sebenarnya tahun yang agak tak kena bagi aku. Pada mulanya aku sendiri tak menyedari.

Namun, setelah diimbas kembali ya...memang betul. erm..tahun lepas sahaja, sudah 2 kali aku masuk hospital. Kemudian dipindahkan ke Unit penerbitan, erm...diberi notis dan paling teruk erm...ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi dan lastly kena denggi huh!. Kalau diikutkan, pada waktu begini aku sudah bergelar tunangan orang dan bakal menjadi suami pada tahun 2009.

Penat dan sedih bila mengenangkan semuanya. Namun, aku harus atau lebih tepat wajib bangkit kembali. Aku berharap tahun baru ni merupakan tahun kebangkitan aku kembali. Moga Allah beri aku peluang untuk berjaya dan memurahkan rezeki yang melimpah ruah kepada aku.

Ya Allah berikanlah pada insanmu yang tiada daya ini kekuatan dan kelebihan dari rahmatMu yang melimpah ruah.amin
Copyright © Aku Azman - Blogger Theme by BloggerThemes