Aku Azman

Antara Jari Dan Hati

Sunday, December 13, 2009

:: DETIK


Sudah hampir 6 bulan aku tak mengemaskini blog ini. Ia merupakan DETIK yang manis bila kembali disini. Bukan niat nak mengabaikan tetapi DETIK yang berlalu telah dipenuhi oleh DETIK untuk bekerja dan kesibukan menyambung pelajaran di peringkat sarjana. Hampir setiap bulan, aku bekerja di luar kawasan KL termasuk di kawasan Malaysia timur. DETIK menyambung pelajaran ke peringkat sarjana merupakan DETIK yang bermakna bagi aku. 3 tahun aku menanti saat ini.

Pada hari, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk ke tahun baru. DETIK ini membuat aku terkesima seketika kerna makin hari makin bertambah umur aku. Aku bermuhasabah kembali dan bertanya pada diri, apakah segala azam aku tahun ini telah tertunai?. Entah aku sendiri tidak pasti. Yang pasti dalam 5 hari lagi, satu DETIK bersejarah bagi aku akan berlaku. DETIK apa? hehehe Ermm yang pasti menjelang tahun baru, aku masih lagi bujang. Tak mengapalah nanti anda akan tahu jua. Aku biarkan ia rahsia. baru seronok. Biar berdebar-debar sikit dada tu. Namun yang pasti lagi, blog ini mungkin bertukar wajah terutama dari segi kandungan sesuai dengan statusku sebagai seorang jurutera dan pelajar sarjana.

Sahabat-sahabat semua, doakan kejayaanku. DETIK yang mendatang amat penting bagiku.

Monday, June 29, 2009

:: KHAULAH

Lama sebenarnya aku tak update. Rasa bersalah sentiasa menjalar dalam diri. kadang-kadang terfikir, buat pa update, bukan ada orang baca pun. Siapalah sangat aku ini. Rasa putus asa mula memenuhi atmosfera diriku.

Namun rasa rindu menidakkan aku untuk berpantang arang. Aku rindu.

hari ini, aku tidak ke Astro. Kumpulan yang kena pergi site iaitu Abg Hanim dan Abg zul baru bertolak pada pagi tadi. Sedikit sebanyak merosakkan rancangan aku untuk pulang bercuti dengan lebih lama pada hujung minggu ini.

Masa yang terluang ini, aku ambil kesempatan untuk mengemaskini laman web komersil aku. Laman web ini hasil titik peluh aku, abg ali dan fahmi. Mudah-mudahan ia mendapat sambutan. Setakat ini, ia masih di peringkat percubaan.

mak menelefon aku saat aku sedang update blog ini. Dari hujung suara, aku dapat rasa kesunyian bersarang di hati mak. Mak perlukan seseorang untuk bercerita. Walaupun dikeliling cucu-cucunya di rumah, rasa rundu pada aku dan adik aku di KL terasa jua. Insya Allah Mak, kami akan pulang hujung minggu ini untuk bersama mak.

sabtu lalu, aku ke bengkel kereta di taman melati. Sang merah sakit. Bergoyang-goyang bila brgerak. Jika tidak diubati, pasti nanti lagi merana. Setelah diperiksa, macam-macam perlu diganti. wah...kalu ikut belanja, abis duit gaji aku bulan ini. Namun, sang merah ini amanah aku dari mak. Insya Allah, akan tantang dengan minyak yang penuh selalu.

Kelmarin, selepas fahmi pulang, aku terasa sunyi. adikku ke bukit bintang membeli kasut baru. abg ali pula tidur bagi menjana tenagan untuk mengarang di malam hari. Aku melayang filem Slumdog Milionaire. Cerita yang hebat!. Kasihan jamal. Mangsa keadaan. Air mata lebat membasahi pipiku. Kedaifan hidup dalam masyarakat yang begitu miskin. Bayangkan rumah mereka dalam kawasan penuh dengan sampah sarap. Hilang mak dan ayah di usia muda. Aku rasa syukur sangat. Rasa bertuah. Aku tak wajar bersunggut. Ya Allah, ampunkan dosaku.

tadi aku sempat berchat dengan abg anuar. Rupanya baru sahaja menerima cahaya mata pertama perempuan yang diberi nama " Khaulah Binti Mohd Shahrul Anuar". Tahniah Abg nuar & niza.

Aku bila lagi?hmmmm

Tuesday, June 9, 2009

:: selamat hari lahir diriku

selamat hari lahir diriku. 
Sori tak sempat nak update. 
Sekarang kena buat kerja di Astro bahagian radio diorang. Malam kadang-kadang baru pulang.
Hope malam ini dapat pulang awal.
Anyway, tak dak sapa nak wish dulu, aku wish dulu untuk diriku dulu.:) 
Teringin nak hadiah jam macam bluehikari jeles....huhuhu(8 47 am)

Saturday, May 9, 2009

:: ziarah


Selepas makan pagi, kumpulan kami dibawa melawat tempat-tempat menarik di madinah. Destinasi pertama kami ialah masjid Quba. Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah sebaik sampai di Madinah. Menurut Hadis, barangsiapa yang berwudhuk dari rumahnya dan kemudian bersolat di Masjid Quba, maka pahala baginya satu umrah. (Hadis Shahih). Aku sempat bersolat sunat didalam masjid quba yang berwarna keputihan ini.

Seterusnya kami ke ladang kurma tidak jauh dari telaga saidina uthsman. Sayangnya telaga itu telah ditutupi oleh oleh pihak berkuasa saudi bagi mengelakkan amalan syirik. Di ladang kurma, sempat juga menjamu pelbagai jenis kurma. Dari kurma ajwa sehinggala kurma muda yang sedap tu. Rasa sejuk je sbb kurma muda tu telah disejukkan terlebih dahulu.

Kemudian kami bergerak ke kilang Al quran. Hanya lelaki sahaja yang dibenarkan masuk. Disana, kami dapat melihat pembuatan alquran yang terbesar di dunia. Sebelum keluar, kami setiap seorang diberikan sebuah alquran setiap satu. Ia merupakan hadiah dari pemerintah saudi.

Selepas itu, kami bergerak ke masjid qiblatain. Qiblatain membawa maksud 2 kiblat. Dimasjid inilah, rasulullah telah menerima wahyu untuk menukar kiblat dari alaqsa kepada mekah. Kami hanya berhenti seketika sahaja kerana masa semakin suntuk. Takut melewati waktu dhuhur. 

Destinasi seterusnya, kami ke pasar kurma madinah. Semalam sudah pergi, jadi kali ini sekadar mengimarahkan lagi suasana membeli belah. Mereka disini mengelarkannya sebagai "lontaran alfulus". hehehe

Setelah kira-kira hampir sejam, kami pulang ke hotel. Aku berehat sebentar sambil menanti waktu zohor.

Friday, May 8, 2009

:: Jumaat @madinah


Keletihan masih menyelemuti diriku. Alhamdulilah aku masih lagi sempat solat subuh bersama sujud sajadah di masjid nabawi. Allah, betapa nikmatnya dapat bersolat disini. Allah hu  akbar!.

Selepas makan pagi, kami sekumpulan dibawa berziarah ke bahagian dalaman masjid nabawi dan perkuburan al baqi. di dalam masjid, kami sampai di satu tempat yang dinamakan raudah. Kawasan raudah terleatak diantara rumah nabi(kini maqam rasulullah) dan mimbar masjid nabawi. kawasan ini merupakan salah satu tempat mustajab doa. Hendak memasukinya bukan mudah. Orang begitu ramai sekali. 

Alhamdulilah, Allah beri izin kepadaku untuk solat dan berdoa di situ. Aku rasa betapa nikmatnya disitu. Mahu saja aku terus solat, namun aku tak mahu tamak, nikmat perlu dikongsi kerana semua nikmat adalah milik Allah.

Selepas asar, kami berempat bertemu kawan adikku yang belajar di Universiti Islam Madinah. Universiti ini agak terkenal terutamanya dalam pengajian hadis. Semua pelajarnya dibiayai oleh pemerintah saudi dan terdiri dari para pelajar seluruh dunia. Kawan adikku bernama abdul rahman. Kini sudah 7 tahun berada di madinah dan sedang mengikuti pengajian sarjana dalam bidang hadis. Orangnya ceria dan tenang tuturkatanya lantas mengingatkan aku kepada seorang guruku yang pernah juga belajar disini sehingga khatam PHDnya. Siapa guru ku? hehehe....



Abdul rahman membawa kami berempat bersama keluarga besar pakteh leh ke pasar kurma.Pasar kurma madinah memang terkenal. Ia menjadi pusat kurma boleh dikatakan terbesar di saudi atau sekurang-kurangnya di madinah. Abdul rahman banyak membantu kami terutama dalam menjadi penterjemah dan urusan tawar menawar. Pasar kuram terletak tidak jauh dari hotel kami iaitu Al manazil Al muhajirin. Oleh kerna kami membawa kanak-kanak dan orang tua bersama, kami putuskan untuk menaiki van sahaja. Hampir sejam kami berada disana. Ada satu kedai yang bernama toko 75. Kesemua pekerjanya berasal dari indonesia tetapi taukehnya masih arabi.

Setengah jam sebelum maghrib, kami peluang ke hotel.

Thursday, May 7, 2009

:: Berlepas

Selepas subuh, aku dan adik bersiap-siap untuk ke rumah makcik untuk menjemput mak dan abah disana.  Tiba di rumah makcik lewat jam 9 pagi. Setelah kenyang makan nasi ayam yang disajikan oleh makcik, kami berempat di hantar oleh makcik dan pakcik ke KL sentral menaiki LRT sebelum kami berempat meneruskan perjalanan ke KLIA menaiki ERL. Itulah perjalanan pertama kami ke KLIA menaiki tren ERL. Wah hanay 30 minit sahaja sudah sampai. Rasa sekejap sahaja. Kalau nak teksi mahu sejam lebih.

Di balai berlepas, Kumpulan umrah kami sudah ramai menghadirkan diri. Kebanyakannya terdiri dari Staf MAS sendiri. Jadi prosedur untuk check banyak dimudahkan oleh mereka. Jumlah jemaah dalam kumpulan kami ialah 53 orang termasuk 2 orang kanak-kanak yang belum bersekolah.

Bertemu Madihah

Pakcik Eh yang tinggal shah alam sempat menghantar kami di KLIA. Setelah pasport diperikasa, kami terus ke terminal pelepasan antarabangsa dengan menaiki tren khas ala LRT. Kemudian kami bergerak ke gerbang pelepasan dimana kapal terbang kami menunggu. Kami menaiki pernerbangan malaysia MH 150. Dalam menanti untuk diperiksa oleh pihak kastam, aku ternampak adik madiah, pelajar mahaad muhammadiah li banad yang menjadi pelajar terbaik, 20 A dalam SPM baru ini. Dia juga akan mengerjakan umrah. Dia pergi bersama ibu bapanya dimana pemergiaannya ditaja oleh Hijjaz travel. Aku fikir dia akan menaiki penerbangan yang sama dengan aku namun sangkaaan ku meleset kerna dia menaiki pernerbangan saudi airlines yang terletak bersebelahan dengan kapal terbang aku. Kapal terbang aku? huh..dasat ini.

Kami berlepas jam 330 petang. Perjalanan akan mengambil masa 8 jam ke jeddah dari KLIA. Perjalananan agak meletihkan kerna kami terpaksa melawan pusingan bumi. Hari yang ditempuh setelah 6 jam masih cerah seperti jam 3 petang. Agak sukar untuk lena.

Setelah mengharungi perjalanan selama 8 jam akhirnya kami sampai di jeddah pada jam 7 malam waktu disana. Jika waktu di Malaysia , sudah jam 2 atau 3 pagi. Beza waktu antara saudi dan malaysia ialah 5 jam. Setelah siap diperiksa oleh pihak imiresen saudi, kami bersolat isyak dan jamak maghrib sebelum berlepas ke madinah. Perjalanan ke madinah bakal mengambil masa 6 jam.

Ya Allah Berikanlah kami kekuatan..

Wednesday, May 6, 2009

:: Ceritera Danish

Danish begitu gembira menyambut kepulangan kami. Almaklum aku dan adik dah lama tak balik kampung.  Anak kedua kakak ini agak manja dengan kami. Baru berumur 4 tahun dan baru melangkah ke alam tadika. 

Oleh kerna terlalu gembira, dia tak nak pergi sekolah tadikanya. 

"Tak mau pi sekolah, sekolah tutup hari ini" ujar danish dengan lancar kepada uminya.

Aku sempat bermain-main seketika dengan danish. Tengahari, kami mula bersiap. Danish mula buat perangai. 

" Adik tak mau pi, adik nak ikut tok, awa,acik, acu pi mengaji...." Katanya dengan mulut muncung yang menambahkan kecomelannya.

Puas pujuk tetapi dia tetap enggan mengikut uminya ke sekolah. Uminya perlu bekerja pada waktu petang sebagai guru. Setelah puas dipujuk, uminya mengangkat terus masuk ke dalam kereta tetapi danish akalnya panjang terus turun dari kereta sambil menangis. Pilu hatiku melihat keadaaan ini. Kesian lak, tak sempat nak bermesra bermain dah nak balik. Akhirnya, Abah terus mengangkat danish ke dalam kereta uminya dan berlalu pergi.

Selepas zohor, kami bertolak ke KL. Singgah di hentian tapah untuk solat jamak qasar. kami k rumah pak teh leh di rawang dahulu untuk mengambil beg yang diberikan oleh agensi. Kami makan malam di sana. Selepas maghrib, kami bertolak pula ke rumah makcik di setiawangsa dimana mak dengan abah menumpang lena di sana. Aku dan adik pulang ke rumah bujang kami kerna ingin membuat persiapan akhir ke tanah suci.