:: Ke Mana Pergi Subsidi kami?

0 comments

:: Allah itu Maha Adil. Full Stop.

3 comments
Adil ker?

Satu persoalan telah diajukan kepada saya. Benarkah Allah itu adil?. Wow!!. Persoalan yang membuat saya sedikit geram dan bekerja keras untuk membuktikan bahawa Allah itu adil. Persoalan itu diajukan ketika sedang hendak menikamati sate kajang setelah tidak dapat lagi menahan air liur meleleh bersama sahabat saya fahmi dan rakan sebilik beliau iaitu nazri di PKNS, Shah Alam. Kesedapan sate kajang ini terbukti walaupun terdapat ramai awek lalu, mata dan nafsu saya masih tertumpu khusyuk pada keenakkan sate ini.

namun saya tenang, relaks sambil control macho (tak sampai tahap macho abg ali), lalu terus mengigit sate ayam yang sudah lama digenggam. Setelah tiga cucuk sate ayam telah aku baham, aku dengan suara kuat lembut menjawab persoalan Nazri.

"Benarkah Allah Adil eh?". Baik, sebelum aku jawab, aku nak tanya, apa makna adil tu?"

Soalan aku itu membuatkan Nazri dan fahmi tersenyum tersipu-sipu malu namun belum mampu menewaskan senyum tersipu-sipu anak dara makcik piah jambul merah sebelah rumah pakcik saad di Bangladesh. Setelah hampir 5 minit , soalan aku masih berjawab.....dok senyum tak habis-habis sambil makan sate kajang. Ternyata keenakkan sate kajang itu membuatkan seolah-olah mereka berada di dunia lain dan hampir tidak perasaan kewujudan soalan aku yang penuh hensem itu. Aku tidak salahkan mereka sebab memang sedap pun.

Dengan rasa geram bercampur lapar, hmmm..aku menjawab soalan aku tadi sambil tangan menggengam kepingan nasi empit yang lalu dicecah dengan kuah kacang.

"Adil dalam islam itu ialah meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Memang jika kita nak fikir semua tak adil. Ish...contoh, kenapa malaikat tak banyak sebut dalam Al-quran?. kenapa banyak ayat ditujukan pada manusia. Ini macam tidak adil tetapi sebenarnya adil sebab kitab Al-quran itu untuk manusia bukan untuk malaikat maka adillah.

Contoh yang paling popular, seorang ayah hendak membeli kopiah untuk 2 orang anaknya; seorang lelaki dan seorang perempuan. Jika so ayah beli kopiah untuk anak lelakinya, maka adillah bagi anak lelakinya, manakala jika si ayah beli kopiah untuk anak perempuannya, maka ini tidak adil (disebut seperti dalam dialoq filem 3 Abdul). Hal ini kerana si ayah tidak meletakkan hak anak perempuan itu pada tempatnya (fitrah) dimana pada zahirnya atau fitrahnya perempuan tak memakai kopiah tetapi memakai tudung.

Begitu juga dengan Allah, apa yang Allah berikan pada kita hari ini kadang-kadang nampak tidak adil tetapi sebenarnya adil kerna apa yang kita dapat itu sebenarnya memang kita perlukannya cuma kita tidak nampak hikmahnya.

Soalan penutup saya, jika diberi peluang untuk kembali ke masa silam dan diberikan peluang untuk tukar ibu bapa kita dengan ibu bapa baru yang kaya seadaanya, mahukah anda tukar ibu bapa anda sekarang dengan ibu bapa kaya?. pastinya tidak bukan sebab walau susah mana pun ibu bapa kita, merekalah yang terbaik untuk kita. Ini jelas membuktikan bahawa Allah itu Maha Adil! kerna meletakkan sesuatu pada tempatnya.

:: Sunyi

2 comments



Sunyi........sukar dizahiri
masihkah ada yang sudi
untuk memahami
suara hati ini

daku tak mintak dibalasi
cukup sekadar diingati
serta dihargai
kerna ku juga punya hati

ku mencari,
ketenangan hakiki
jauh di sanubari
untuk hapuskan rasa ini

telah ku ketahui
ia bukan mimpi
tapi realiti
yang kau memang memahami

ku syukuri
ku fahami
biar aku sunyi
asal kita diredhai

*sekadar sebuah nukilan di malam hari yang sunyi
Gambar oleh imeleon.com

:: SUprise!!

0 comments


Terkejut!!! perasaanku bercampur terharu....


Tak sangka ada yang masih sudi meraikan hari lahir ku yang terbaru. Beberapa minit selepas genap umurku yang ke 2_, aku dikejutkan dengan sebuah kek hari lahir bersama 2 batang lilin yang sangat comel. Terkesima seketika....

Rasa nak menangis pun ada namun dalam hati melonjak gembira. Terima kasih sangat-sangat. Aku Amat menghargainya terutamanya pada mastermind yang belum boleh dedahkan namanya lagi. Cukup istimewa!.

Inilah kali pertama jika tak salah aku, inilah kali pertama aku memotong kek hari lahir dan meniup lilin kek hari lahir . Sebelum ini, potong kek hari lahir yang dibeli sendiri sahaja. hehehe

Terima kasih kepada Dia dan mereka yang lain yang terlibat. Thanks a lot!. Moga Allah berikan ganjaran yang terbaik buat kalian. ameen.

:: Hidup ibarat aiskrim

1 comments

Rasa geram masih membaluti diriku. Geram dengan kekalahan Malaysia kepada China tanpa menang satu pun set dalam kejohanan Piala Thomos lewat sabtu lalu. Daku sudah menjangkakan kekalahan ini dari awal ketika melihat kelonggaran prestasi Malaysia menentang Jepun. Jepun bukanlah kuasa badminton dunia namun tiada siapa yang boleh menjangka mereka boleh menang. Namun itulah hidup. Tiada apa yang boleh kita jangkakan.

Bagiku, kekalahan itu bukan sesuatu yang buruk. Apa jua kesalahan atau kesilapan tidak dijadikan hanya untuk menjadi perkara negatif. Kadang-kadang dengan kecundangnya kita , boleh dapat merasai kemenangan yang sebenar.

Umar bukanlah orang baik dari mula. Semua dosa dan kesilapan pernah dilakukannya. Namun, dengan kesilapan atau dosa itu, dia menemui Islam dan dapat menghargai islam dengan lebih yakin dan menjadi hebat kerna Islam.

Ya...siapa yang sempurna dalam kehidupan ini?.

Katakan padaku wahai sahabat?

katakan siapa!

aku, kamu atau mereka ?

pastinya semua tidak sempurna.

Namun, kerna ketidaksempuraan itulah yang membuat hidup kita lebih berwarna-warni dan lebih bermakna. Ibarat aiskrim, jika hanya dengan satu perasa, mungkin sedap tetapi jika aiskrim itu ditambah dengan perasa lain, maka pastinya rasanya akan menjadi lebih baik atau kurang, terpulang kepada citarasa masing-masing. Namun, kita harus nikmatinya sebaiknya sebelum aiskrim itu cair.

"Hidup Ibarat aiskrim, Nikmatinya sebelum cair"

:: Yang Pertama

0 comments


Rasanya kira ini adalah entry aku yang pertama untuk tahun 2010. Pastinya, kalian bosan dengan kelakuan ku yang acap kali lewat mengemaskini entry ini. Apakan daya sekali lagi alasan kesibukan menjadi faktor utama. Bukan tidak rindu untuk menulis tetapi entahlah sukar untuk aku menjawab acap kali bertandang kemari.

Aah..biarkan. Apa yang penting, aku masih menulis. Berkunjung ke Pesta Buku di PWTC pada bulan mac lalu membuat aku terasa dihargai kerna ada yang masih setia membaca blogku ini. Thanks kepada shida, teman unit komunikasi korporat diatas pengakuannya dan beberapa teman lain. Aku amat menghargainya.

Alhamdulilah, sebenarnya dalam sebulan dua ini, aku kembali di sini. Mengemaskan kembali blog ini terutama dari segi rekabentuknya. Namun banyak yang perlu aku lakukan lagi untuk mengembalikan saat kegemilangan blog Bro SHy dahulu. Usai semester 2 master ku atau S2 berakhir minggu lalu, alhamdulilah, banyak masa lapang yang mungkin boleh diinfakkan kepada blog ini. Insya Allah, ku pohon agar kalian tidak jemu membaca catatan usang ku ini. Sekadar itu, untuk hari ini. Jumpa di lain waktu.


Copyright © Aku Azman - Blogger Theme by BloggerThemes