Hari-Hari Terakhir Seorang Eksekutif Penerbitan

"Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Semoga semua warga ITNM berada dalam kesejahteraan,

 

Seperti yang kita sedia maklum, saya akan menamatkan perkhidmatan saya tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada semua warga ITNM andai ada salah dan silap sepanjang tempoh saya berkhidmat di Institut Terjemahan Negara Malaysia. Halalkan semua ya. kosong-kosong ya.

 

Saya juga Ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua warga ITNM yang sudi berkongsi rasa, pengetahuan dan pengalaman dengan saya.Saya cukup sayang ITNM dan sudah anggap warga ITNM sebagai keluarga saya sendiri. Banyak yang telah saya pelajari sepanjang berada di sini. Jauh disudut hati saya, kalau boleh saya mahu kekal lagi disini namun apakan daya rezeki tidak menyelebelahi saya.

 

Saya mendoakan agar ITNM terus ke hadapan, lebih giat berusaha, lebih giat menterjemah, lebih giat menerbitkan buku, lebih giat menghargai staf terutama yang lama, lebih dan lebih lagi dalam usaha kita untuk menjadi yang terunggul. (Mungkin nanti kita boleh definasi dengan jelas makna terunggul bagi ITNM). Hal ini kerana ITNM ini bukanlah hanya setakat sebuah syarikat GLC sahaja tetapi ia merupakan syarikat milik rakyat Malaysia dimana disebalik ITNM tersirat satu perjuangan memartabatkan industri penterjemahan Malaysia dimana ia menjadi tanggungjawab kepada setiap kita untuk menjayakan amanah yang diberikan oleh rakyat. Saya yakin anda semua mampu berjaya.

 

Akhirnya, sekali lagi saya ingin memohon maaf jika ada silap dan salah. Halalkan semua ya. ITNM ini dah macam rumah ke 2 saya hhehe….erm bagi sesiapa yang hendak menjemput kenduri kawin atau yang seangkatan dengannya atau nak perkena sup power ke, saya boleh dihubungi di talian : 019-660654X 

 

Sekian, terima kasih. Selamat tinggal ITNM. J"

0 comments:

Copyright © Aku Azman - Blogger Theme by BloggerThemes