:: Sinar kebangkitan Bermula...


Aku sendiri sebenarnya tidak banyak menaruh harapan untuk mendapat pekerjaan semula secepat ini. Sahabat-sahabatku berkata inilah rezeki  tanda Allah masih sayangkan kita. Mak adalah insan pertama ku khabarkan berita gembira ini. Seterusnya sahabatku fahmi dan abg ali.
Alhamdulilah. Berita ini sedikit sebanyak menceriakan hatiku yang sedia terluka. Mungkin ini saatnya untuk aku bangkit kembali. Terima Kasih Allah!!. Aku tahu kau sememangnya Maha Kaya. Permudahkanlah jalan masa depanku wahai Tuhan yang tidak pernah menghampakan hamba setianya. Terima kasih kepada sahaba-sahabat ku terutamanya Fahmi yang banyak mendengar keluhanku, tangisanku. Terima kasih diatas nasihatnya yang banyak menyuruh ku kepada sabar, ikhlas dan berdoa kepada Allah. 

Bertemu Habiburrahman, Pengarang Novel Ayat-Ayat Cinta

Bertuah Abg Ali kerna dapat bersua dan menemuramah Habiburrahman atau Kang ABik. Beliau merupakan pengarang novel terlaris Ayat-Ayat Cinta. Aku juga teringin bersua dengan beliau tetapi kerana desakan waktu, impian itu mungkin simpan sahaja. Kang Abik terpaksa berkejar ke Mesir untuk Shooting filem terbaru berdasarkan Novel Islamis beliau. Nantikan butiran temuramah Abg Ali di Harakah dalam keluaran akan datang.

4 comments:

Enche's said...

wah seronoknya dapat jumpa novelis dari seberang itu

Saiful Azman Hj Bidin said...

best memang best tp bukan saya yang jumpa....huhuhu kawan saya yang jumpa.

Insya Allah, kalau ada rezeki...dia mungkin dia akan join penerbitan kita...

Babe said...

ENVY!!!!!

saya said...

"Hari ini aku tolong kamu. Esok pasti Tuhan tolong aku." -fahmi

Selain novelis terkenal ini, mgkin agak ramai lg orang besar yg menyandang nama habiburrahman, contohnya habiburarrahman al-kandahlawi, sorg ulama yg berasal dr india. Beliau mgkin pelopor kpd kajian kritis berkenaan umur sbenar Aisyah. Utk menikmati kajiannya yg diterjemah ke dlm bhsa melayu, sila lawat: http://darulkautsar.com/article.php?ArticleID=562

Copyright © Aku Azman - Blogger Theme by BloggerThemes