:: Sinar kebangkitan Bermula...

4 comments

Aku sendiri sebenarnya tidak banyak menaruh harapan untuk mendapat pekerjaan semula secepat ini. Sahabat-sahabatku berkata inilah rezeki  tanda Allah masih sayangkan kita. Mak adalah insan pertama ku khabarkan berita gembira ini. Seterusnya sahabatku fahmi dan abg ali.
Alhamdulilah. Berita ini sedikit sebanyak menceriakan hatiku yang sedia terluka. Mungkin ini saatnya untuk aku bangkit kembali. Terima Kasih Allah!!. Aku tahu kau sememangnya Maha Kaya. Permudahkanlah jalan masa depanku wahai Tuhan yang tidak pernah menghampakan hamba setianya. Terima kasih kepada sahaba-sahabat ku terutamanya Fahmi yang banyak mendengar keluhanku, tangisanku. Terima kasih diatas nasihatnya yang banyak menyuruh ku kepada sabar, ikhlas dan berdoa kepada Allah. 

Bertemu Habiburrahman, Pengarang Novel Ayat-Ayat Cinta

Bertuah Abg Ali kerna dapat bersua dan menemuramah Habiburrahman atau Kang ABik. Beliau merupakan pengarang novel terlaris Ayat-Ayat Cinta. Aku juga teringin bersua dengan beliau tetapi kerana desakan waktu, impian itu mungkin simpan sahaja. Kang Abik terpaksa berkejar ke Mesir untuk Shooting filem terbaru berdasarkan Novel Islamis beliau. Nantikan butiran temuramah Abg Ali di Harakah dalam keluaran akan datang.

:: Tiada daya

0 comments
Bukan mudah sebenarnya untuk menerima berita yang kita tidak ingini. Apatah lagi jika ia hadir bertimpa-timpa. Jiwaku bagaikan terbakar di dalam. Hampir rentung. Aku rasakan bagaikan dunia ini hendak kiamat. Perginya tanpa alasan sama seperti notis penamatan kontrakku lalu. Hanya hujah yang dangkal yang mereka dan dia berikan.

Rasa lemah sebenarnya untuk merangkak untuk bangkit semula. Hilang dalam sekelip mata. Yang tinggal hanya kenangan indah dan sebentuk cincin berlian.

Usah simpati padaku sahabat sebaliknya doakan aku diberikan kekuatan untuk bangkit semula kerana simpati kadang-kadang buat kita lemah tetapi doa mampu mengangkat kita ke tahap yang lebih baik.

:: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

0 comments

Aduhai....apalah nasib ku ini. Selepas aku diberikan notis tamat perkhidmatan, giliran berita buruk ke dua menimpa aku. Kali ini datang dari orang yang aku sayang dan cintai. Si dia menarik diri dari hubungan yang telah berusia 3 tahun. Hanya selangkah sahaja lagi, erm...bulan disember ini, aku akan ke kelantan untuk mengikat dan menyunting si dia sebagi suri hidup aku.

Namun apakan daya, dia memilih orang lain. Entahlah apa hebat sangat orang itu sedangkan sepanjang aku bersama dia, aku sanggup buat apa sahaja untuk membahagiakan dia.Kedatangan aku ke KL adalah untuk bersama dekat dengan dia. Entahla...kami tidak bergaduh , entah tiba-tiba sahaja dia berubah. Adakah sebab aku diberhentikan kerja?. Terpaksa bermula dari kosong kembali. aduh...sakitnya!!

Hati aku hancur. Separuh diriku lemah. Jika sebelum ini aku berusaha bersungguh untuk cari kerja lain demi dia....tetapi.....

Aku sedih, terkilan, jauh dalam hatiku...pedih...bagaikan hati dicincang lumat. Tiada daya aku untuk bergerak....Ya Allah!

kenapa perlu kau pergi? bukankah kita telah berjanji untuk bersama...? 

:_(

Hari-Hari Terakhir Seorang Eksekutif Penerbitan

0 comments

"Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Semoga semua warga ITNM berada dalam kesejahteraan,

 

Seperti yang kita sedia maklum, saya akan menamatkan perkhidmatan saya tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada semua warga ITNM andai ada salah dan silap sepanjang tempoh saya berkhidmat di Institut Terjemahan Negara Malaysia. Halalkan semua ya. kosong-kosong ya.

 

Saya juga Ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua warga ITNM yang sudi berkongsi rasa, pengetahuan dan pengalaman dengan saya.Saya cukup sayang ITNM dan sudah anggap warga ITNM sebagai keluarga saya sendiri. Banyak yang telah saya pelajari sepanjang berada di sini. Jauh disudut hati saya, kalau boleh saya mahu kekal lagi disini namun apakan daya rezeki tidak menyelebelahi saya.

 

Saya mendoakan agar ITNM terus ke hadapan, lebih giat berusaha, lebih giat menterjemah, lebih giat menerbitkan buku, lebih giat menghargai staf terutama yang lama, lebih dan lebih lagi dalam usaha kita untuk menjadi yang terunggul. (Mungkin nanti kita boleh definasi dengan jelas makna terunggul bagi ITNM). Hal ini kerana ITNM ini bukanlah hanya setakat sebuah syarikat GLC sahaja tetapi ia merupakan syarikat milik rakyat Malaysia dimana disebalik ITNM tersirat satu perjuangan memartabatkan industri penterjemahan Malaysia dimana ia menjadi tanggungjawab kepada setiap kita untuk menjayakan amanah yang diberikan oleh rakyat. Saya yakin anda semua mampu berjaya.

 

Akhirnya, sekali lagi saya ingin memohon maaf jika ada silap dan salah. Halalkan semua ya. ITNM ini dah macam rumah ke 2 saya hhehe….erm bagi sesiapa yang hendak menjemput kenduri kawin atau yang seangkatan dengannya atau nak perkena sup power ke, saya boleh dihubungi di talian : 019-660654X 

 

Sekian, terima kasih. Selamat tinggal ITNM. J"

Copyright © Aku Azman - Blogger Theme by BloggerThemes