:: Jumaat @madinah


Keletihan masih menyelemuti diriku. Alhamdulilah aku masih lagi sempat solat subuh bersama sujud sajadah di masjid nabawi. Allah, betapa nikmatnya dapat bersolat disini. Allah hu  akbar!.

Selepas makan pagi, kami sekumpulan dibawa berziarah ke bahagian dalaman masjid nabawi dan perkuburan al baqi. di dalam masjid, kami sampai di satu tempat yang dinamakan raudah. Kawasan raudah terleatak diantara rumah nabi(kini maqam rasulullah) dan mimbar masjid nabawi. kawasan ini merupakan salah satu tempat mustajab doa. Hendak memasukinya bukan mudah. Orang begitu ramai sekali. 

Alhamdulilah, Allah beri izin kepadaku untuk solat dan berdoa di situ. Aku rasa betapa nikmatnya disitu. Mahu saja aku terus solat, namun aku tak mahu tamak, nikmat perlu dikongsi kerana semua nikmat adalah milik Allah.

Selepas asar, kami berempat bertemu kawan adikku yang belajar di Universiti Islam Madinah. Universiti ini agak terkenal terutamanya dalam pengajian hadis. Semua pelajarnya dibiayai oleh pemerintah saudi dan terdiri dari para pelajar seluruh dunia. Kawan adikku bernama abdul rahman. Kini sudah 7 tahun berada di madinah dan sedang mengikuti pengajian sarjana dalam bidang hadis. Orangnya ceria dan tenang tuturkatanya lantas mengingatkan aku kepada seorang guruku yang pernah juga belajar disini sehingga khatam PHDnya. Siapa guru ku? hehehe....



Abdul rahman membawa kami berempat bersama keluarga besar pakteh leh ke pasar kurma.Pasar kurma madinah memang terkenal. Ia menjadi pusat kurma boleh dikatakan terbesar di saudi atau sekurang-kurangnya di madinah. Abdul rahman banyak membantu kami terutama dalam menjadi penterjemah dan urusan tawar menawar. Pasar kuram terletak tidak jauh dari hotel kami iaitu Al manazil Al muhajirin. Oleh kerna kami membawa kanak-kanak dan orang tua bersama, kami putuskan untuk menaiki van sahaja. Hampir sejam kami berada disana. Ada satu kedai yang bernama toko 75. Kesemua pekerjanya berasal dari indonesia tetapi taukehnya masih arabi.

Setengah jam sebelum maghrib, kami peluang ke hotel.

0 comments:

Copyright © Aku Azman - Blogger Theme by BloggerThemes