:: ziarah


Selepas makan pagi, kumpulan kami dibawa melawat tempat-tempat menarik di madinah. Destinasi pertama kami ialah masjid Quba. Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah sebaik sampai di Madinah. Menurut Hadis, barangsiapa yang berwudhuk dari rumahnya dan kemudian bersolat di Masjid Quba, maka pahala baginya satu umrah. (Hadis Shahih). Aku sempat bersolat sunat didalam masjid quba yang berwarna keputihan ini.

Seterusnya kami ke ladang kurma tidak jauh dari telaga saidina uthsman. Sayangnya telaga itu telah ditutupi oleh oleh pihak berkuasa saudi bagi mengelakkan amalan syirik. Di ladang kurma, sempat juga menjamu pelbagai jenis kurma. Dari kurma ajwa sehinggala kurma muda yang sedap tu. Rasa sejuk je sbb kurma muda tu telah disejukkan terlebih dahulu.

Kemudian kami bergerak ke kilang Al quran. Hanya lelaki sahaja yang dibenarkan masuk. Disana, kami dapat melihat pembuatan alquran yang terbesar di dunia. Sebelum keluar, kami setiap seorang diberikan sebuah alquran setiap satu. Ia merupakan hadiah dari pemerintah saudi.

Selepas itu, kami bergerak ke masjid qiblatain. Qiblatain membawa maksud 2 kiblat. Dimasjid inilah, rasulullah telah menerima wahyu untuk menukar kiblat dari alaqsa kepada mekah. Kami hanya berhenti seketika sahaja kerana masa semakin suntuk. Takut melewati waktu dhuhur. 

Destinasi seterusnya, kami ke pasar kurma madinah. Semalam sudah pergi, jadi kali ini sekadar mengimarahkan lagi suasana membeli belah. Mereka disini mengelarkannya sebagai "lontaran alfulus". hehehe

Setelah kira-kira hampir sejam, kami pulang ke hotel. Aku berehat sebentar sambil menanti waktu zohor.

Copyright © Aku Azman - Blogger Theme by BloggerThemes