:: Artikel Pertama Aku di Majalah




"Tahniah! Artikel hang keluar majalah Millenia! Teruskan Menulis.."

demikianlah Es-em-es dari bakal pensyarah School Of Industrial Technology, USM, Penang yang juga sahabat baik aku iaitu syakir. Beliau kini sedang menghabiskan tesis beliau di peringkat sarjana kejuruteraan alam sekitar di UTM.

Aku bagaikan terpaku dan terkejut ketika membaca es-em-es yang diterima aku.

"eh betulke ni?" getus hatiku sendirian.

Inilah kali pertama artikel aku disiarkan di majalah. Aku sendiri sudah hampir lupa yang aku pernah menulis artikel itu. Artikel yang berjudul "MENYELUSURI KEJAYAAN TAIWAN DALAM PENERBITAN BUKU TERJEMAHAN" sebenarnya ditulis ketika aku bergelar Eksekutif Teknologi Maklumat sewaktu di ITNM lagi iaitu kira-kira menghampiri setahun yang lalu. Aku tujukan kejayaan ini pada semua staf ITNM khususnya unit penerbitan dan penterjemahan.

Apa-apa pun aku bersyukur kepada Allah. Hanya Allah sahaja tahu bagaimana perasaan aku. mudah-mudahan Allah tambah lagi rezeki aku dan tidak jadikan aku orang yang sombong dan lupa.

Keluarga menjadi golongan pertama aku khabarkan berita ini. Kemudian baru sahabat-sahabatku yang lain. Andai si dia ada, dialah orang yang mungkin ku kongsi kejayaan ini. Namun apakan daya. Moga dia dapat bezakan kaca dan permata. Sekadar nasihat.

Walaubagaiamanapun...Ingin tahu isi artikel berkenaan?, sila rujuk majalah millenia muslim edisi terbaru. Aku pun belum membeli lagi namun sangat teruja nak melihat artikel aku di majalah millenia muslim. Almaklum macam kelahiran anak sulung la katakan. :) ok Gong xi Fa Chai!

Ya Allah , aku hambaMu yang hina penuh dosa namun kau masih berikan rahmatmu kepada ku. Betapa kerdil dan malunya diriku kepada mu. Ampunkanlah dosaku dan murahkanlah rezekimu pada ku...Bersaksilah bahawa Hanya Kau (Allah) adalah tuhan ku, tiadalah tuhan selain engkau dan Engkaulah maha pengasih..amin

5 comments:

cahaya said...
This comment has been removed by the author.
cahaya said...

Tahniah S.Azman, syabas atas kejayaan ini. Benarlah kata Tuhan dlm surah insyirah: "inna ma'al 'usri yusra" (ssungguhnya bersama2 kesusahan itu adalah kesenangan). Mgkin kejayaan ini adalah sbhgian "yusra" itu, stelah kamu melalui episod hidup yg "usro" lagi pahit. Smg ALlah menambah kekuatan diri kamu S.Azman

Unknown said...

Tahniah,
Saya dapat memahami gembiranya hati itu apabila melihat karya itu diterbitkan kerana saya menyimpan pengalaman yang sama. Teruaskan berkarya.

Sri Diah said...

TAHNIAH. Teruskan berkarya. Kejayaan pertama kali melihat karya tersiar di majalah merupakan kenangan paling manis - sukar dilupa. Jangan putus setengah jalan kerana banyak lagi laluan yang mesti ditempuh untuk terus sukses membina nama pada mata pembaca.

Terima kasih atas ucapan takziah. Akak cool berkat ESQ Training ;-)

Aku Azman said...

Alhamdulilah..syukur terima kasih semua..Hanya tuhan yang tahu betapa hebat perasaan itu. Terima kasih atas doa kalian juga. Moga Kita terus diberkati dan disayangi oleh Allah. amin.

Cahaya: terima kasih..ingat sapa tadi hehehe

Enche : Karya saya tu saya gunakan nama ITNM tau.

Sri Diah : Akak, terima kasih..akak jadi idola saya untuk terus menulis..tq. Izinkan saya pinjam semangat akak..:)

Copyright © Aku Azman - Blogger Theme by BloggerThemes